Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gerhana-bulan penuh 5

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Akan Berlaku Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Mei 9, 2022 ยท Dikemas kini Mei 9, 2022 oleh ariff bukhari

Pada 1 Mei yang lalu, Bumi telah pun alami fenomena Gerhana Matahari Separa yang berlaku pada jam 02:45 pagi dan berakhir pada jam 06:37 pagi waktu Malaysia.

Walaubagaimanapun, seperti yang dimaklumkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena itu tidak dapat dilihat di Malaysia.

Sebaliknya fenomena tersebut hanya boleh dilihat di kebanyakan bahagian tenggara Lautan Pasifik dan bahagian selatan Amerika Selatan. 53% daripadanya dapat dilihat oleh penduduk di Argentina.

Berdasarkan info daripada MYSA, fenomena Gerhana Bulan Penuh pula dijangka akan berlaku pada 16 Mei 2022 ini.

Fenomena itu akan bermula dari jam 09:32 pagi dan akan berakhir pada jam 2:50 petang waktu Malaysia.

gerhana bulan penuh

Kemuncak fenomena itu pula akan berlaku pada jam 12.11 tengahari waktu Malaysia.

Namun begitu sekali lagi, fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia kerana ia berlaku pada waktu siang.

Tetapi fenomena alam itu boleh dilihat di Amerika Utara, Greenland, Lautan Atlantik dan sebahagian Eropah Barat dan Afrika.

gerhana bulan penuh
Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila Bulan berada tepat di kawasan Umbra.

Fenomena gerhana bulan didefinisikan kejadiannya ketika bumi berada di tengah-tengah di antara matahari dan bulan.

Fenomena ini akan berlaku ketika bulan purnama.

Ketika ini juga Matahari, Bumi dan Bulan berada di dalam satu garisan lurus yang sempurna.

gerhana bulan penuh 2

Ketika gerhana bulan berlaku, cahaya bulan akan berubah menjadi kemerahan secara perlahan sehingga bulan telah melepasi bumi.

Peredaran ini hanya berlaku pada sesuatu masa yang tertentu.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY