Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gen Z Didapati Semakin Lama Habiskan Masa Di Skrin Peranti Pintar

Gen Z Didapati Semakin Lama Habiskan Masa Di Skrin Peranti Pintar

Diterbitkan Januari 30, 2026 oleh ariff bukhari

Generasi Z kini menghabiskan lebih banyak masa di hadapan skrin berbanding generasi sebelumnya.

Dalam laporan Screen Time 2026 menunjukkan, purata penggunaan harian meningkat, dengan telefon pintar menjadi medium utama.

Media sosial, penstriman video, dan permainan digital mendominasi aktiviti, menjadikan skrin sebagai pusat hiburan, komunikasi, dan pembelajaran.

Secara purata, setiap hari Gen Z didapati akan menghabiskan masa mereka selama 7 jam, 43 minit dan 49 saat sehari pada tahun 2025.

Ia adalah peningkatan sebanyak 4.8% menurut laporan itu.

“Masa skrin meneruskan trajektori menaiknya pada tahun 2025 (meningkat daripada purata 7:22:43 sehari pada tahun 2024).”

Gen Z Didapati Semakin Lama Habiskan Masa Di Skrin Peranti Pintar

Peningkatan ini menimbulkan persoalan tentang keseimbangan hidup.

Kajian itu juga mendapati sebahagian besar Gen Z yang meluangkan lebih daripada 7 jam sehari di skrin, boleh memberi kesan kepada produktiviti, kesihatan mata, dan kesejahteraan mental.

Walaupun teknologi membuka peluang pembelajaran dan kerjaya, ia juga menuntut disiplin dalam mengurus masa.

“Kita memerlukan masa depan yang dibina untuk kita, untuk anak-anak kita, dan untuk anak-anak mereka. Masa depan yang direka untuk hubungan, bukan perhatian.”

Apa yang dapat disimpulkan, generasi ini perlu belajar menetapkan had, mengutamakan interaksi fizikal, dan menggunakan teknologi secara bijak.

Screen time bukan sekadar angka, tetapi cerminan gaya hidup digital yang boleh mempengaruhi bentuk masa depan mereka.

Berkaitan

  • Gen Z Lawan "Brain Rot", Pilih Kembali Ke Analog
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Lambakan ‘AI Slop’ Di Internet Membimbangkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY