Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
grab fp

GDL Tidak Dikenakan Kepada Penghantar P-Hailing, Akan Perkenal Lesen Vokasional Baharu

Diterbitkan Ogos 11, 2022 oleh Amalina Athman

Beberapa hari lepas, telah dilaporkan penghantar barangan dan makanan atau p-hailing bakal diwajibkan untuk memiliki Lesen memandu Vokasional (GDL) apabila beberapa akta sedia ada dipinda.

Berkaitan

  • airasia Tawar Kerja Tetap Kepada Penghantar Gig, Tambahan Pendapatan Terjamin Sehingga RM3,000 Sebulan
  • Grab Nafi Kurangkan Upah Penghantar Makanan
  • Penunggang P-Hailing Bakal Diwajibkan Lesen GDL

Namun, melalui hantaran di Facebook Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, cadangan bagi memperkenalkan Lesen Vokasional kelak bukanlah sama seperti GDL sedia ada yang digunapakai oleh kenderaan berat.

Ini bermakna, lesen GDL sedia ada tidak akan dikenakan kepada penunggang (rider) penghantar p-hailing. Sebaliknya, satu mekanisme pendaftaran lesen vokasional baharu yang tidak akan membebankan penghantar akan diperkenalkan.

Pada ketika ini, proses libat urus masih lagi berjalan dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk persatuan dan penunggang p-hailing, serta syarikat penyedia perkhidmatan bagi kedua-dua segmen e-hailing dan p-hailing.

Tambah Wee Ka Siong, pihaknya akan menjemput wakil penunggang p-hailing dalam merangka Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa akta yang berkaitan, untuk tujuan menambahbaik industri p-hailing.

Bagi pindaan akta, ia bertujuan supaya ada punca kuasa bagi membolehkan pihaknya mengawalselia industri p-hailing yang pada ketika ini tiada tempat bergantung harap. Dijangka, apabila p-hailing berada sebumbung bersama teksi dan e-hailing, maka ia dapat memudah dan melancarkan proses kawalselia.

Terutamanya dalam aspek menjaga hak serta kebajikan mereka, termasuk bagi tujuan proses penyaluran insentif atau bantuan seperti yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi dan e-hailing sebelum ini.

Tidak hanya itu, apabila akta berkaitan dipinda kelak, MOT juga mempunyai kuasa untuk campur tangan sekiranya penunggang p-hailing dilayan secara tidak adil oleh mana-mana syarikat.

Sumber: Wee Ka Siong , Asyraf Wajdi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY