Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
descent mk2s

Garmin Malaysia Lancar Descent Mk2S Pada Harga RM4,799

Diterbitkan Jun 27, 2021 oleh Wiser MY

Garmin Malaysia baru sahaja melancarkan Descent Mk2S, jam tangan selam terbaru yang dilengkapi ciri pintar dan pelbagai mod selam.

Siri Descent Mk2 terkenal dikalangan penyelam dan peminat dunia bawah air kerana teknologi sonar SubWave yang dicipta oleh Garmin.

Bagi model terbaru ini, ia menyokong pelbagai mod selam yang boleh ditambah dan disesuaikan mengikut kehendak pemakai.

Garmin Malaysia Lancar Descent Mk2S Pada Harga RM4,799

Descent Mk2S juga dimuatkan pelbagai jenis sensor seperti accelerometer, gyroscope, kompas, oksigen darah, kadar degupan jantung, dan lain-lain.

Selain itu, jam ini juga tersedia dengan pelbagai aplikasi sukan beserta sistem latihan maju yang memaparkan prestasi latihan pemakai.

Garmin Malaysia Lancar Descent Mk2S Pada Harga RM4,799

Dari segi rekaan, ia tampil dengan paparan sapphire 1.2-inci dan rangka 43mm beserta pilihan tali QuickFit jenis silikon, nilon, besi, atau kulit yang boleh ditukar.

Jika berminat, Descent Mk2S boleh didapati pada harga RM4,799 di Lazada, Shopee, AECO e-Store, dan peruncit sah Garmin. Ketahui ciri jam ini dengan lebih terperinci di sini.

Sementara itu, Garmin Malaysia turut melancarkan peraduan “The Decent Mission #EveryDiveCounts” yang mengajak penyelam menghantar gambar hidupan laut.

Gambar yang dihantar bermula hari ini hingga 31 Ogos 2021 berpeluang memenangi Descent Mk2i dan T1 transmitter yang bernilai RM9,198.

Sumber: siaran akhbar Garmin Malaysia

Baca juga – Garmin Forerunner 55 Dilancarkan, Jam Pintar Kecergasan Berharga RM960

Baca juga – Mungkin Ini Rupa Jam Terbaru Samsung Galaxy Watch Active 4

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY