Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gambaran Pembuangan Pekerja Syarikat Industri Teknologi Sepanjang Tahun 2022

Gambaran Pembuangan Pekerja Syarikat Industri Teknologi Sepanjang Tahun 2022

Diterbitkan Disember 14, 2022 oleh ariff bukhari

Pemberhentian kerja dalam industri teknologi menjadi fenomena global sepanjang tahun 2022 ini.

Syarikat-syarikat gergasi teknologi seperti Meta, Twitter dan Amazon dilaporkan terpaksa memberhentikan ribuan pekerja mereka.

Situasi ini berlaku selepas industri teknologi melojak mendadak dengan membuka peluang pekerjaan ketika pandemik.

Berdasarkan data yang dikongsikan oleh Visual Capitalist, hampir 90 ribu pekerja dalam industri teknologi di Amerika Syarikat sahaja telah diberhentikan dalam tahun 2022 ini.

Sebab-sebab pemberhentian begitu ramai pekerja itu pula adalah di atas pelbagai faktor termasuklah ketidaktentuan ekonomi (faktor luaran) dan prestasi lemah syarikat itu sendiri (faktor dalaman).

Berkaitan

  • Lagi 300 Pekerja Dibuang Netflix, Dijangka Ramai Lagi Akan Alami Nasib Sama
  • Meta Buang Pekerja Secara Halus, Mahu Kurangkan Perbelanjaan Sebanyak 10%
  • Amazon Sudah Mula Menggunakan Robot Untuk Menguruskan Barang

Goldman Sachs Research menegaskan bahawa “kadar faedah yang lebih tinggi dan keadaan kewangan yang lebih ketat memberi kesan yang tidak seimbang kepada sektor ini kerana keuntungan syarikat teknologi biasanya dijangka lebih jauh pada masa hadapan dan oleh itu tertakluk kepada risiko jangka masa yang lebih besar.”

Bajet pengiklanan yang mengecil dan ledakan pasaran mata wang kripto juga merupakan antara faktor yang mungkin mempengaruhi keputusan untuk mengurangkan jumlah pekerja.

Pemberhentian besar-besaran dalam sektor teknologi mungkin dilihat sebagai petanda buruk kepada ekonomi yang lebih luas—terutamanya memandangkan pengaruh luar biasa yang dimiliki syarikat teknologi di pasaran global.

Gambaran Pembuangan Pekerja Syarikat Industri Teknologi Sepanjang Tahun 2022

Sumber: Visual Capitalist

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY