Gambaran Awal ZenFone 8 Flip Dengan Kamera Boleh Lipat Diperlihat

Seperti yang dilaporkan bulan lepas, Asus akan melancarkan siri telefon pintar ZenFone 8 pada 13 Mei ini.

Sejajar dengan acara yang kian tiba, maklumat baru dan gambar mengenai ZenFone 8 dan ZenFone 8 Flip dikongsi semalam.

Kapsyen: gambar oleh 91mobiles


Menurut 91Mobiles, peranti ZenFone 8 Flip akan hadir dengan ciri kamera boleh lipat dengan rekaan tiga kamera bermotor.

Kamera utama hadir dengan sensor 64MP manakala lensa telefoto 8MP, dan lensa makro 12MP. Ia juga ada sokongan rakaman video 8K tetapi perincian selanjutnya belum diketahui.

ZenFone 8 Flip mempunyai spesifikasi flagship dengan cip Snapdragon 888, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

Ia juga mempunyai skrin 6.67 inci dengan paparan AMOLED FHD+, kadar segar 90Hz, dan bateri sebanyak 5,000 mAh pengecasan pantas.

Kapsyen: gambar oleh 91mobiles


ZenFone 8 pula merupakan peranti "mini" untuk siri telefon ini dengan skrin 5.92 inci dan paparan FHD+. Namun ia di kuasa cip Snapdragon 888 yang sama dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB sahaja.

Bahagian kamera pula ia akan hadir dengan sistem dwi-kamera dengan sensor utama 64MP, lensa makro 12MP, dan sokongan rakaman video 8K. Peranti"mini" ini juga mempunyai kapasiti bateri 4,000 mAh dan sokongan pengecasan pantas.

Sama-sama nantikan pelancaran telefon pintar baru Asus ini pada 12 Mei ini.

Kredit gambar utama: gizchina

Sumber: 91mobiles