Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy S20 Fan Edition Perlihatkan Rupa Dan Rekaan Persis Galaxy S20

Galaxy S20 Fan Edition Perlihatkan Rupa Dan Rekaan Persis Galaxy S20

Diterbitkan Ogos 19, 2020 oleh Meor Hasyim

Awal tahun ini, Samsung memperkenalkan Galaxy S10 Lite sebagai model mampu milik untuk barisan siri S10. Tahun ini, Samsung juga mahu melakukan perkara sama dengan mengumumkan Galaxy S20 Fan Edition pula.

Terbaru, rupa bentuk dan rekaan peranti tersebut telah diperlihatkan. S20 Fan Edition ini tidak menggunakan rekaan baharu dan hanya mengitar semula rekaan sama seperti Galaxy S20.

Ia hadir dengan kamera punch-hole pada bahagian tengah manakala skrin dikatakan mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan resolusi Full HD+. Paparannya mungkin bersaiz sekitar 6.4-6.5 inci.

Galaxy S20 Fan Edition

Sementara itu, kamera belakangnya menggunakan tetapan 3 lensa dalam satu modul memanjang ke bawah. Ia adalah konfigurasi 12MP utama, 12MP sudut lebar, dan 8MP telefoto.

Di dalamnya, ramai yang melaporkan ia akan hadir dengan cip Snapdragon 865. Namun, ada sesetengah laporan mengatakan ada juga varian dengan Exynos 990.

Galaxy S20 Fan Edition Perlihatkan Rupa Dan Rekaan Persis Galaxy S20

Spesifikasi lain termasuklah ciri kalis air IP68 dan juga bateri berkapasiti besar 4,500mAh dengan pengecasan 25W.

Dikatakan Galaxy S20 Fan Edition ini akan diperkenalkan sekitar bulan Oktober ini membawakan harga jualan lebih murah berbanding model mercu dan premium mereka.

Dari: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY