Berdasarkan laporan WinFuture, Note 10 Lite akan menggunakan cip Exynos 9810, iaitu cip yang sama digunapakai dalam S9 dan juga Note 9. Akan terdapat 6GB RAM dan juga 128GB storan dalaman.
Skrin pula sekadar FHD+ (2400 x 1080) bersaiz 6.7 inci Super AMOLED. Peranti juga akan mempunyai pengimbas cap jari danĀ lubang di bahagian tengah skrin untuk kamera swafoto 32MP (f/2.2).
3 kamera belakang dengan 12MP (f/1.7) utama, 12MP (f/2.4) 2x lensa telefoto dan juga 12MP (f/2.2) ultralebar. Menariknya, akan terdapat bicu audio 3.5mm di mana perkakas ini tidak disertakan pada siri Note 10 yang sudah dilancarkan.
Peranti akan mempunyai 4,500mAh bateri dengan sokongan pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Sama seperti S10 Lite, ia bakal menjalankan Android 10 yang berselindung di sebalik One UI 2.0.
Kedua-dua model Galaxy Note 10 Lite dan S10 Lite dijangka akan dilancarkan pada awal tahun hadapan sekitar Januari sebelum siri S11 yang baharu dilancarkan.
Sumber: WinFuture
Berkaitan
- Redmi Note 9 Akan Hadir Di Malaysia 23 Mac Ini Tetapi Ia Bukannya Model Pro Atau Pro Max
- Xiaomi Mi 10i Dilancarkan Dengan Snapdragon 750G, Skrin LCD 120Hz, Dan Bateri 4,820mAh
- Xiaomi Mi Note 10 Kini Rasmi - Kamera 108MP Dengan Harga Bermula RM2,099
- Samsung Galaxy Buds+ Dilancarkan - Buds Generasi Kedua Dengan Ketahanan Bateri Lebih Lama Sehingga 11 Jam
- Huawei Malaysia Membuka Pra-Tempahan Nova 7i Pada Harga RM1099
- Samsung Galaxy A42 5G Akan Jadi Telefon Pertama Dengan Cip Snapdragon 750G
- Ini Adalah Rupa Bentuk Redmi Note 10, Hadir Dengan Rekaan Modul Kamera 48MP Yang Berlainan
- Dengan Bantuan iPhone 11, Apple Berjaya Menjual Sehingga 10 Juta Unit iPhone Di China
- Kos Penghasilan Galaxy S20 Ultra Adalah Lebih Tinggi Dari iPhone 11 Pro Max
- League Of Legends: Wild Rift Mula Diuji Bulan Hadapan, Spesifikasi Minimum Snapdragon 410 Dan iPhone 6