Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
teknologi, malaysia

Gaji Pakar Teknologi Di Malaysia Kini Lebih Tinggi Berbanding Di Jepun

Diterbitkan Mac 25, 2026 · Dikemas kini Mac 25, 2026 oleh ariff bukhari

Gaji untuk pekerja teknologi utama di Malaysia di laporkan telah mengatasi gaji di Jepun buat pertama kalinya.

Menurut laporan Nikkei Asia, keadaan ini didorong oleh peningkatan pelaburan dalam semikonduktor yang sedang berkembang pesat dengan lonjakan persaingan dalam sektor digital di Malaysia.

Kemerosotan nilai yen dan pertumbuhan gaji yang perlahan juga menjadikan jurutera teknologi Jepun kini lebih murah berbanding rakan sejawatan di Malaysia.

Fenomena ini menukar landskap buruh Asia, di mana Malaysia muncul sebagai pusat teknologi bernilai tinggi dengan pelaburan besar dalam semikonduktor dan infrastruktur digital.

https://x.com/nikkeiasia/status/2034834850620821982?s=46&t=-Y3TpRSzSUnDpvlC5BgEiw

Berdasarkan laporan Asia Morning, dalam beberapa bidang khusus pembangunan perisian dan kejuruteraan sistem, golongan profesional Malaysia merundingkan pakej pampasan yang lebih tinggi berbanding jurutera di Osaka atau Nagoya.

“Ini bukan sekadar cerminan kemerosotan Jepun, tetapi sebaliknya bukti kematangan pesat ekonomi digital Malaysia.”

Jepun kini berdepan risiko kehilangan bakat kerana gaji yang tidak seiring dengan kos hidup.

Walaupun kos tenaga kerja rendah boleh menarik pelaburan R&D ke Jepun, ia juga menjejaskan kuasa beli rakyat dan menimbulkan kebimbangan terhadap inovasi jangka panjang.

Malaysia pula semakin kukuh sebagai ekosistem teknologi, menarik syarikat multinasional untuk menempatkan kerja berkemahiran tinggi di Kuala Lumpur.

Perkembangan ini menandakan titik perubahan penting yang menyaksikan penyusunan semula hierarki gaji di Asia, dengan implikasi besar terhadap perdagangan, pelaburan, dan strategi pengambilan pekerja global.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • TSMC Akan Hasilkan Cip 3nm Mereka Di Jepun
  • Ini Sebab Malaysia Jadi Pilihan Pembangunan Pusat Data Di Asia Tenggara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY