Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk cloud

Gaji Elon Musk Di Tesla Kini Lebih Tinggi Daripada Pendapatan Tata Motors

Diterbitkan Jun 22, 2024 · Dikemas kini Jun 22, 2024 oleh ariff bukhari

Sebelum ini media melaporkan bahawa Elon Musk mungkin akan tinggalkan Tesla jika tidak menerima gaji berjumlah $56 bilion (~RM264 bilion) seperti yang dijanjikan kepada beliau pada tahun 2018 dahulu.

Penganalisis dan pelabur telah membuat spekulasi bahawa meluluskan pakej imbuhan Musk akan mengurangkan risiko dia meninggalkan Tesla.

Akhirnya, pemegang saham meluluskan pakej gaji CEO Tesla itu selepas melakukan undian pada 13 Jun lalu untuk membayar Elon Musk ataupun tidak.

Dengan gaji $56 bilion yang diterimanya itu juga adalah lebih tinggi daripada jumlah hasil yang direkodkan Tata Motors untuk 2023-24, menurut Economic Times.

Tata Motors merupakan syarikat pengeluar kenderaan komersial terbesar di India meliputi kenderaan perdagangan, kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan mewah.

Sebagai perbandingan, pendapatan Tata Motors untuk tahun kewangan 2023-24 ialah berjumlah $52.44 bilion (~RM247.10 bilion).

Gaji baharu Elon Musk itu sekaligus menjadikan Elon Musk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) paling kaya di dunia dan mengekalkan status itu di mana beliau sebelum ini telah pun merekodkan CEO dengan bayaran gaji paling tinggi di dunia, AS$16.3 bilion pada 2023 lalu.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Pertama Kali Dalam Sejarah, EV Tesla Ini Jadi Kereta Terlaris Di Dunia Atasi Toyota Corolla 

Sumber: Economic Times, Reuters, Business Standard,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY