Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kenali Apa Itu Antijirim Dan Kenapa Ia Terlalu Mahal

Kenali Apa Itu Antijirim Dan Kenapa Ia Terlalu Mahal

Diterbitkan Disember 21, 2022 ยท Dikemas kini Disember 21, 2022 oleh Firdaus

Bahan paling mahal di dunia adalah sesuatu yang bernama antijirim (antimatter) dengan anggaran nilai lebih USD62 trilion (~RM274.60 trilion) untuk satu gram sahaja.

Nilai tersebut boleh dikatakan 3 kali ganda lebih besar daripada nilai GDP tertinggi dunia, USD23 trilion (~RM101.87 trilion) daripada AS.

Kenali Apa Itu Antijirim Dan Kenapa Ia Terlalu Mahal

Apa Itu Antijirim

Antijirim ini adalah sama seperti jirim yang biasa tetapi ia mempunyai cas elektrik yang berlawanan. Sebagai contoh, elektron yang bercas negatif mempunyai antijirimnya yang dikenali sebagai positron.

Positron adalah sebuah zarah atau antijirim yang mempunyai jisim (mass) yang sama dengan elektron tetapi bercas positif.

Antijirim ini sangat bernilai kerana mampu menghasilkan jumlah tenaga yang sangat besar apabila berlanggar dengan jirim.

Kenapa Antijirim Begitu Mahal?

Secara dasarnya, antijirim ini bukan bahan yang boleh dijumpai apabila kita mencari atau menggali tanah. Antijirim itu hanya boleh dihasilkan melalui mesin Large Hadron Collider (LHC) ini sahaja daripada CERN.

Kenali Apa Itu Antijirim Dan Kenapa Ia Terlalu Mahal

LHC adalah sebuah pemecut zarah yang paling berkuasa dan terbesar di dunia dengan diameter sepanjang 27km. Oleh itu, kos pembinaan mesin tersebut juga menyumbang kepada nilai bahan antijirim ini.

Mengikut sumber, mesin LHC juga mempunyai kos operasi yang sangat mahal. LHC memerlukan sekitar USD1 bilion (~RM4.43 bilion) setahun untuk beroperasi.

Tambahan lagi, kos elektrik tahunannya juga tidak masuk akal di mana ia memakan belanja sebanyak USD23.5 juta (~RM104.08 juta) setahun.

An astrophysics concept of a particle collision in the LHC. Credit: vchal / Alamy.

Hal ini demikian kerana pemecut zarah ini perlu memecut sesebuah zarah pada 99.99% kelajuan cahaya sebelum perlanggaran boleh berlaku untuk hasilkan antijirim.

Berkaitan

  • Saintis Bangunkan Bateri Baru, Tawar 4 Kali Ganda Kapasiti Bateri Litium-Ion
  • Saintis Berjaya Bangunkan Pemproses Yang Berjuta Kali Lebih Pantas Dari Otak Manusia
  • Boom Dah Ada Pembangun Enjin Jet Untuk Pesawat Komersil Terpantas Di Dunia
  • Oppo Tayang Telefon Pintar Generasi Baru, Diperbuat Dari Kaca Kesemuanya
  • Google Bangunkan Teknologi Khas Bagi Terjemah "Tulisan Doktor"

1 Gram Antijirim Terlalu Lama Untuk Dihasilkan

Mengikut perkiraan dan anggaran saintis. 1 gram antijirim mengambil masa 100 bilion tahun (100,000,000,000) untuk dihasilkan.

Hal ini demikian kerana teknologi dunia ketika ini hanya mampu menghasilkan seperbilion gram antijirim setiap tahun.

Oleh itu, tidak mengejutkanlah sekiranya kos keseluruhan untuk hasilkan 1 gram antijirim ini menelan belanja lebih 60 trilion dollar.

Sumber: Unilad

Gambar utama: Space

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY