Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook instagram

Fungsi On Dan Off Likes Di Instagram Sedang Diuji

Diterbitkan April 16, 2021 oleh Wiser MY

Selepas menyembunyikan kiraan Likes pada tahun 2019, Instagram sekali lagi ingin membuat perubahan pada ciri tersebut.

Dalam cubaan global semalam, Instagram cuba memberi sebahagian kecil pengguna pilihan untuk lihat atau tidak kiraan likes kiriman pengguna lain.

Selain itu, cubaan itu juga membenarkan pilihan untuk buka atau tutup kiraan Likes pada kiriman mereka sendiri.

Mereka juga boleh mengawal atau menutup terus ciri Likes mengikut kiriman seperti yang sedia ada pada bahagian Comment. 

Namun, menerusi maklum balas diterima tidak semua setuju terutama influencers yang membuat duit melalui platform tersebut. Kebanyakannya bimbang akan kekurangan data metrik ‘like’ yang melambangkan populariti.

Menurut ketua aplikasi tersebut, Adam Mosseri berharap ciri ini boleh mengurangkan tekanan sosial akibat kiraan Likes yang sikit atau banyak. Ini kerana mereka ingin pengguna untuk nilai dan fokus kepada gambar atau video yang dikongsikan.

An update on like counts.

Last year we started hiding like counts for a small group of people to see if it lessens some pressure when posting to Instagram. Some found this helpful and some still wanted to see like counts, in particular to track what’s popular.

— Adam Mosseri (@mosseri) April 14, 2021

Jadi, mereka memberi pilihan yang membenarkan pengguna memilih apa yang sesuai dan apa yang terbaik untuk mereka.

Patutkah ciri Likes disembunyi? Kongsikan pendapat anda.

Sumber: techradar

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY