Fuchsia Ganti Android, Betul Atau Tidak?

Dua tahun lalu, Google secara senyap telah membangunkan satu sistem operasi baru dikenali sebagai Fuchsia.

Berbeza dari sistem operasi yang lain, Fuchsia tidak dibangunkan dengan kernel Linux tetapi berasaskan mikrokernel baru yang dipanggil Zircon dimana awalnya dikenali sebagai Magenta. Setahun kemudian, timbul pula informasi mengenai antaramuka Armadillo yang dijalankan pada sistem operasi Fuchsia.

Beberapa sumber menyatakan pasukan pembangun mahu menjadikan Fuchsia sebagai satu sistem operasi kendiri yang boleh mengintegrasikan peranti Google serta menjadi otak kepada perkakasan Google Smart Home.



Dikhabarkan pembangun menyasarkan tempoh tiga tahun lagi untuk semua perkakasan pintar mengoperasikan Fuchsia sementara penawaran untuk peranti mudah alih pula dalam masa 5 tahun mendatang.

Kapsyen: Sundar Pichai


Hiroshi LockheimerMenurut laman Cnet, Sundar Pichai (CEO Google) dan Hiroshi Lockheimer selaku ketua Android, Chrome OS dan Chromecast belum lagi memberi lampu hijau kepada projek berkenaan.

" Fuchsia adalah satu dari beberapa projek sumber terbuka Google. Buat masa sekarang, kami masih belum bersedia memberikan perincian lain tentang projek tersebut." ujar Google.



Ini memberi gambaran bahawa Fuchsia masih samar-samar dan spekulasi menyatakan ia hanyalah projek "mainan" kepada pembangun senior Google, iaitu sekadar menjadikan mereka sibuk dan tidak berpindah ke syarikat yang lain.

Jika difikir balik, langkah untuk menggantikan Android adalah suatu yang agak sukar memandangkan sistem operasi itu mempunyai jumlah pengguna yang ramai. Apa pula pendapat anda?

Sumber: Cnet

 

Berkaitan