FTC Memfailkan Saman terhadap Pemilik Syarikat Beg iBackPack

If you raise money by crowdfunding, you don’t have to guarantee that your idea will work. But you do have to use the money to work on your idea — or expect to hear from the FTC.


Andrew Smith - Biro Pengarah Perlindungan Pengguna US.


Pemilik Syarikat iBackPack of Texas LLC’s, Douglas Monahan telah disaman oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika kerana dia didakwa telah  menggunakan dana awam untuk kepentingan diri sendiri.

Dana awam yang diperolehinya menerusi Kickstarter dan Indiegogo yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan produk syarikat tersebut sebaliknya telah didapati  lebih banyak digunakan untuk memewahkan diri sendiri.

Douglas Monahan pada asalnya memulakan kempen mengumpul dana awam menerusi Indiegogo pada 2015 dengan ideanya untuk membangunkan beg pintar yang dipanggil 'iBackPack'.

Menerusi kempen tersebut, dia telah berjaya mengumpul sumbangan awam lebih daripada USD720,000 setakat November 2016.

Walaubagaimanapun, janji untuk laporan sepanjang pembangunan, pengeluaran dan pengedaran produk yang sepatutnya dijadualkan dalam bulan Mac 2016 tidak berlaku.

Malah dia didapati telah melancarkan pula kempen di laman Kickstarter dalam bulan Mac 2016 bagi mendapatkan sumbangan awam untuk pembangunan beg iBackPack v2.0.



Dari kempen kedua itu pula yang berlangsung sehingga bulan April 2016 sahaja, dia telah berjaya mengumpul dana lebih daripada USD76,000.

Tidak berhenti setakat itu, Monahan sekali lagi melancarkan 2 lagi kempen dana awam kononnya bagi membangunkan beg yang dipanggil MOJO dan sebuah lagi produk yang dipanggil POW Smart Cable.

Menerusi 2 kempen itu pula, dia telah berjaya mengumpul dana hasil sumbangan awam lebih kurang USD11,000. Bermakna hasil keseluruhan yang Monahan telah berjaya kumpulkan menerusi 4 kempen sumbangan awam yang dilancarkannya adalah berjumlah lebih daripada USD800,000.

FTC dalam pemfailan saman yang dibuat mereka menuduh Monahan membuat beberapa penyata palsu kepada pengguna seperti status semasa pembangunan produk-produk tersebut.

Status palsu sama juga telah digunakan berulang kali bagi mengelakkan kempen yang dilancarkannya di laman-laman pengumpulan dana awam yang terlibat daripada membuang keluar kempen yang sedang dijalankannya.

Sumber: Slashgear