Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foxconn Nyatakan Koronavirus Tidak Jejaskan Pengeluaran iPhone Di China

Foxconn Perkenal FoxBrain – Model AI Untuk Pembuatan, Rantaian Bekalan

Diterbitkan Mac 10, 2025 · Dikemas kini Mac 10, 2025 oleh Amalina Athman

Pusat penyelidikan di bawah Foxconn, Hon Hai Research Institute, hari ini mengumumkan pelancaran Model Bahasa Raya (LLM) pertamanya, bertujuan untuk memanfaatkan teknologi ini dalam sektor pembuatan dan pengurusan rantaian bekalan.

Dikenali dengan nama kod “FoxBrain“, model ini dibangunkan berdasarkan seni bina Meta Llama 3.1 dengan 70 bilion parameter.

FoxBrain dilatih menggunakan 120 unit GPU Nvidia H100, dipertingkat dengan rangkaian NVIDIA Quantum-2 InfiniBand serta disiapkan dalam tempoh kira-kira empat minggu – menjadikannya antara model yang paling cekap dari segi kos dan masa latihan.

Sebagai model LLM pertama di Taiwan dengan keupayaan penaakulan (reasoning), FoxBrain dioptimumkan khusus untuk Bahasa Cina Tradisional dan gaya bahasa pengguna Taiwan.

Dalam set ujian TMMLU+, ia mengatasi Llama-3-Taiwan-70B yang berskala sama, dengan prestasi lebih tinggi dalam matematik dan penaakulan logik.

FoxBrain Foxconn

Walaupun masih terdapat sedikit jurang prestasi berbanding model DeepSeek dari China, Foxconn menyatakan bahawa prestasi keseluruhan FoxBrain hampir mencapai standard bertaraf dunia.

Pada asalnya, ia dibangunkan untuk aplikasi dalam sistem dalaman Foxconn, merangkumi fungsi seperti analisis data, sokongan keputusan, kolaborasi dokumen, matematik, penaakulan, penyelesaian masalah serta penjanaan kod.

Dalam usaha memperluas aplikasinya, syarikat itu akan terus bekerjasama dengan rakan teknologi, berkongsi maklumat sumber terbuka, serta mempromosikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pembuatan dan pengurusan rantaian bekalan.

Sepanjang proses latihan model, NVIDIA turut memberikan sokongan melalui superkomputer terbesar di Taiwan, Taipei-1, serta menyediakan konsultasi teknikal.

Butiran lanjut mengenai FoxBrain akan diumumkan semasa NVIDIA GTC 2025 Session Talk pada 20 Mac.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Alibaba Dakwa Model AI Baharunya Mampu Kalahkan DeepSeek
  • Kenali Kimi k1.5 - Model AI Terbaru Dari China, Setanding OpenAI o1, Percuma Dan Tanpa Had
  • Apa Itu Claude 3.7 Sonnet? Model AI Hibrid Dengan Kemampuan Pemikiran Lanjutan

Sumber: Foxconn

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY