Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foto Sekumpulan Berudu Tewaskan Hampir 60,000 Penyertaan Gambar Haiwan Dan Alam Semula Jadi Terhebat Di Dunia

Foto Sekumpulan Berudu Tewaskan Hampir 60,000 Penyertaan Gambar Haiwan Dan Alam Semula Jadi Terhebat Di Dunia

Diterbitkan Oktober 9, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 11, 2024 oleh ariff bukhari

Gambar sekumpulan berudu yang dirakam oleh seorang wartawan foto konservasi marin telah dipilih sebagai Foto Hidupan Liar Terbaik Tahun Ini.

Foto itu yang dirakam oleh Shane Gross, dari Kanada, menangkap gambar berudu kodok barat semasa melakukan aktiviti bersnorkel melalui pad teratai di Tasik Cedar di Pulau Vancouver, British Columbia.

Dia berjaya menangkap gambar amfibia itu, yang merupakan spesies yang hampir terancam akibat kemusnahan habitat dan pemangsa.

Foto Sekumpulan Berudu Tewaskan Hampir 60,000 Penyertaan Gambar Haiwan Dan Alam Semula Jadi Terhebat Di Dunia
Foto yang diberi tajuk “The Swarm Of Life” itu telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Jurugambar Hidupan Liar Terbaik 2024. Gambar diambil Shane ini menggunakan kamera Nikon D500 yang dipadankan bersama lensa Tokina fisheye 10-17mm f3.5-4.5 pada 11mm.

Menurut ketua juri pertandingan itu, ini adalah kali pertama spesies itu dipaparkan dalam pertandingan tersebut, yang kini memasuki tahun ke-60-nya.

Pertandingan berprestij dianjurkan oleh Natural History Museum itu telah menerima 59,228 penyertaan sekali gus memecahkan rekod sebelum ini yang terdiri dari 117 negara dan wilayah.

Berkaitan

  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya
  • Samsung Mohon Maaf Kepada Semua Kerana Kurang Inovasi
  • Pelanggan Pascabayar Maxis, Hotlink Akan Terima Naik Taraf Kuota Data

Sumber: Natural History Museum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY