Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 11i wide

Tiga Telefon Xiaomi Akan Dilancar Buat Pasaran Tempatan Pada 20 Mei

Diterbitkan Mei 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti sedia maklum, Xiaomi akan melancarkan smart TV 4K pada 20 Mei ini. Namun, terdapat lagi produk yang akan dibawa masuk buat pasaran tempatan, iaitu Mi 11i, Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G.

Bermula dengan Mi 11i, ia hanyalah sebuah peranti yang dijenamakan semula daripada Redmi K40 Pro+ dimana spesifikasinya tidak banyak beza dengan Mi 11.

Screenshot 2021-05-06 at 10.22.16 AM

 

Perbezaannya adalah terletak pada skrinnya kerana ia menggunakan paparan rata dan juga hanya beresolusi FHD+.

Screenshot 2021-05-06 at 10.24.44 AM

Bagi Redmi Note 10S, ia dikuasakan cip MediaTek Helio G95 serta dipadankan memori 6GB/8GB RAM dan storan dalaman hingga 128GB. Paparannya dilengkapi AMOLED dan kadar penyegaran 60Hz.

Screenshot 2021-05-06 at 10.42.35 AM

Manakala Redmi Note 10 5G, terbina didalam cip MediaTek Dimensity 700, skrin LCD berukuran 6.5 inci FHD+ yang menyokong AdaptiveSync 90Hz, bateri 5000mAh, RAM 4GB/6GB dan dipadankan storan dalaman hingga 128GB.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan ia tiba secara rasmi di tanah air bagi mengetahui harganya. Apa yang pasti, ia semestinya mampu milik.

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi, Xiaomi [1,2,3]

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY