4 Ciri utama yang membezakannya dengan model AirPods terdahulu.
Akhirnya seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Apple hari ini telah melancarkan produk fon telinga terbaru AirPods Pro yang dilengkapi ciri pembatalan hingar aktif.
Ia merupakan fon telinga ketiga Apple selepas melancarkan AirPods pada September 2016, AirPods 2 pada Mac 2019.
Cuma apa yang membezakan AirPods Pro dengan AirPods sebelum ini adalah ia dilengkapi ciri pembatalan hingar aktif, pilihan saiz fon telinga, kalis air dan peluh serta didatangkan bersama kotak pengecas pantas tanpa wayar.
Untuk semua itu, pengguna pula perlu membayar RM400 ringgit lebih mahal berbanding AirPods 2.
https://www.youtube.com/watch?v=IC9urbiVp4M
Apple AirPods Pro berharga RM1,099 dan dijangka akan mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia seawal bulan November ini.
AirPods Pro menyokong peranti iOS 13.2 atau terbaru, iPadOS 13.2 atau terbaru, watchOS 6.1 atau terbaru, tvOS 13.2 atau terbaru, atau macOS Catalina 10.15.1 atau terbaru.
Info lanjut layari laman muka AirPods Pro.
Berkaitan
- Prestasi Xiaomi 11T Pro Didakwa Akan Menjadi Perlahan Walaupun Peranti Tidak Terlampau Panas
- FAA Dan EASA Melarang Model Tertentu Macbook Pro Dibawa Masuk Ke Dalam Pesawat
- AirPods Terima Kemas Kini Dengan 3 Ciri Baharu
- Barisan Apple MacBook Pro Kini Dengan Warna Baru, Space Black
- Aplikasi Terbaru Intel Ini Memudahkan Penggunanya Melakukan 'Overclock' Pada Cip Pemprosesan Intel Generasi Ke-9
- Pulangkan Segera 'Apple Three-Prong AC Wall Plug Adapter' Kepada Apple
- Nokia Sertai Tender Projek Infrastruktur 5G Malaysia
- Facebook Meluaskan 'Data Abuse Bounty Program' Ke Instagram
- Intel Menggunakan Struktur Nombor Baru Bagi Cip Pemprosesan Mereka
- vivo X70 Pro Nadi Kepada Filem Pendek ‘Shout it Out’