Fon Telinga Tanpa Wayar Oppo Enco Q1 Hadir Dengan Ciri Pembatalan Hingar

Bersama-sama dengan pelancaran telefon pintar Oppo Reno2 yang menawarkan ciri 5x zoom hybrid hingga 20x zoom digital beserta rakaman Ultra Steady dan Ultra Dark, warga Malaysia juga turut diperkenalkan dengan fon telinga tanpa wayar pembatalan hingar (noise cancelling)  terbaru keluaran mereka, iaitu Oppo Enco Q1.



Enco Q1 semalam telah rasmi dilancarkan dengan harga pasaran RM599. OPPO menggabungkan teori kawalan bunyi bersama pengalaman yang mereka ada untuk membawa anda merasai keupayaan pengurangan atau pembatalan hingar.

Pembatalan hingar pada Enco Q1 ini adalah jenis hibrid, bila mana ia memberi tindak balas kepada mikrofon untuk memaksimumkan pelbagai frekuensi yang boleh mengurangkan atau menghalang pendengaran dari bunyi di sekeliling anda.



Dikenali dengan jenis neckband, ia direka dengan ciri penggunaan yang selesa, tidak akan terjatuh atau terkeluar dari telinga apabila anda melakukan pergerakan dan secara tidak langsung ia juga dapat melindungi telinga pengguna ketika ia sedang digunakan.

Mempunyai pengalaman 15 tahun dalam teknologi audio, pakar dari OPPO telah mencipta fon telinga ini dengan pemain Blu-ray yang akan memastikannya menghasilkan audio yang jelas ketika anda mendengar muzik sehingga 15 jam lamanya.

Ia didatangkan dalam 3 warna, iaitu:



Untuk mengenali Oppo Enco Q1 dengan lebih dekat, teruskan pembacaan lanjut di oppo.com.