Jika Mei yang lalu kita telah lihat OPPO memperkenalkan siri terbaru mereka, Reno untuk pasaran tempatan dan kini generasi kedua pula mengambil giliran diperkenalkan. Dikenali sebagai Reno2, ia mewarisi ciri kamera terangkat “sirip jerung” yang menempatkan lensa 16MP.

Memperkuatkan penawaran dari bahagian dalam adalah cip Snapdragon 730G yang akan mengoperasikan sistem ColorOS 6.1 berasaskan Android 9. Bagi konfigurasi memori pula, OPPO Reno2 disediakan dengan RAM 8GB beserta storan dalaman sebesar 256GB.

Dibahagian luar sebelah hadapan, peranti ini dilengkapkan dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.5 inci yang menyokong resolusi FHD+. Bahagian belakang peranti pula diletakkan dengan barisan kuad kamera yang diketuai oleh lensa 48MP (Sony IMX 586, OIS+EIS), 8MP sudut lebar, 13MP telefoto dan 2MP mono.

IKLAN

Bagi sistem kamera mereka, OPPO menyediakan ciri Ultra Steady bagi rakaman video tanpa gegaran, Ultra Dark untuk rakaman lebih jelas pada situasi kurang pencahayaan serta kebolehan zoom 5x hybrid dan 20x zoom digital.

Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh, OPPO Reno 2 menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 20W yang disalurkan melalui port pengecasan USB C. OPPO Reno 2 mempunyai dua pilihan warna iaitu Luminious Black dan Sunset Pink. Harga jualan Reno2 adalah RM2299.

Sebuah lagi model dalam siri sama yang diumumkan hari ini adalah OPPO Reno2 F. Ia membawakan kelengkapan sedikit berlainan berbanding Reno2.

OPPO Reno2 F dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek P70, RAM 8GB, storan 128GB, kuad kamera kombinasi antara 48MP ( Samsung GM1+EIS), 8MP sudut lebar, 2MP mono, 2MP potret, kamera hadapan terangkat 16MP, bateri 4000mAh dengan pengecasan VOOC 3.0 20W. Model Reno2 F pula akan dijual pada harga RM1599.

Pra-tempah untuk OPPO Reno2 bakal dimulakan pada 25 Oktober 2019 dan ia akan diiringi dengan hadiah percuma seperti fon telinga tanpa wayar Enco Q1, powerbank VOOC dan lanjutan 1 tahun jaminan perlindungan skrin. OPPO Reno 2 akan dijual pada 26 Oktober 2019.