Plum Consulting menyanggah pendapat EMIR Research yang mengatakan kos pelaksanaan 5G lebih murah jika dikendalikan sendiri oleh syarikat telekomunikasi.
Terdahulu, Rais Hussin selaku presiden EMIR Research menyarankan agar spektrum 5G diberikan pada syarikat-syarikat telekomunikasi, meninggalkan model rangkaian tunggal (SWN) 5G sekarang.
Terbaru, firma dari London, Plum Consulting berkata jika ‘telco’ melaksanakan 5G, ia akan memakan kos 4-5 kali ganda lebih mahal.
Selain itu, firma itu juga menafikan dakwaan EMIR yang mengatakan kos DNB melaksanakan 5G akan meningkat secara berperingkat.
Jelas Plum Consulting, jika 6 syarikat ‘telco’ melaksanakan rangkaian 5G sendiri, base station (pencawang) juga diperlukan 6 kali lebih banyak.
Di sinilah datangnya faktor penjimatan melalui model rangkaian tunggal kerana hanya 1 base station diperlukan untuk keenam-enam syarikat ‘telco’.
“Unit kos setiap base station mungkin sedikit rendah jika ‘telco’ sendiri bangunkan. Tapi kami anggarkan kos keseluruhan 10 tahun untuk pemilikan rangkaian 5G cara ini akan 4-5 kali ganda lebih besar berbanding SWN,” tambah firma UK itu.
Syarikat itu juga berkata bahawa andaian EMIR Research berkenaan perkongsian rangkaian akses radio atau radio access network (RAN) yang akan membataskan persaingan perkhidmatan inovasi juga tidak tepat.
Jelasnya Plum Consulting, setiap penyedia perkhidmatan akan terus berinovasi dalam core network mereka dari segi perkhidmatan ditawarkan dan pada waktu sama membeli akses 5G pada harga lebih rendah daripada 4G.
{suggest}
Plum mengakui bahawa tidak akan ada inovasi dalam pembekalan infrastruktur 5G RAN kerana tiada persaingan infrastruktur dalam komponen rangkaian itu.
Namun, inovasi ini akan ditentukan sebahagian besarnya oleh badan-badan piawaian berkaitan dan kemudiannya diimplimentasi oleh vendor antarabangsa.
Mereka juga mengunjurkan harga perkhidmatan yang tersedia untuk pelanggan juga 60% lebih rendah dengan model ini berbanding jika setiap syarikat melaksanakan infrastruktur 5G sendiri.
EMIR juga menyarankan agar DNB menjadi sebuah badan neutral dan tumpu untuk melebarkan rangkaian pasif namun Plum Consulting berpendapat tidak menjadi masalah untuk DNB terlibat secara langsung dalam pelaksanaan 5G.
Hal ini kerana ia dikawal ketat oleh SKMM.
Plum Consulting juga berkata DNB dalam masa beberapa tahun ini akan dibiayai pihak swasta, ‘telco’ dan kerajaan.
Kesemua pemegang saham pastinya mahu memastikan pelaburan mereka tidak merugikan.
Sumber: The Edge Markets