Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Pulihkan Pelayar Mozilla Firefox Yang Bermasalah

Firefox Dakwa Microsoft Tidak ‘Bermain’ Secara Adil Promosikan Penggunaan Pelayar Edge

Diterbitkan Februari 5, 2024 ยท Dikemas kini Februari 5, 2024 oleh ariff bukhari

Penyelidikan terbaharu yang dilakukan oleh pembangun pelayar Firefox, Mozilla mendakwa Microsoft tidak bermain secara adil dalam mempromosikan penggunaan pelayar Edgenya.

Dalam laporan penyelidikannya yang mengandungi 74 halaman itu mendakwa, Microsoft “berulang kali menggunakan reka bentuk berbahaya” dan “corak gelap” untuk mendorong pengguna ke arah Microsoft Edge dan menjauhi pelayar saingan seperti Mozilla Firefox atau pelayar Chrome Google.

“Apabila pengguna ingin memuat turun dan memasang pelayar baharu, Microsoft menggunakan Prapemilihan pelayar yang berbahaya, Gangguan Visual, Perkataan Helah dan Corak Iklan Menyamar untuk memesongkan pilihan pengguna.”

“Apabila pengguna cuba menetapkan pelayar alternatif sebagai lalai (default), Microsoft menggunakan Halangan untuk menghalang suis dan enggan menukar aplikasi lalai yang sepadan untuk pelbagai jenis fail berkaitan laman sesawang tempatan.”

“Apabila pengguna terus menggunakan pelayar alternatif, Microsoft menggunakan beberapa corak berbahaya untuk menolak pengguna kembali ke arah Edge, termasuk Gangguan Visual, Kata Trik dan Prapilihan.” Mozilla.

Perang antara pelayar Firefox dan Edge menjadi rancak sejak awal 2020 lagi apabila Microsoft mula mengesyorkan pengguna Windows untuk beralih kepada Edge.

Berdasarkan semakan terkini di laman Stat Counter, sebanyak 6 aplikasi pelayar digunakan oleh pengguna di Malaysia bagi melayari internet dengan Google Chrome kekal menjadi pelayar utama pilihan pengguna di Malaysia dengan penguasaan pasaran lebih daripada 70%.

Berkaitan

  • 6 Aplikasi Pelayar Ini Paling Banyak Diguna Di Malaysia
  • Cara Mainkan YouTube Secara Latar Belakang Di Telefon Pintar Android
  • Pengguna Digesa Daftar PADU Sekarang, Jangan Tunggu Saat Akhir
  • Caj 1% Untuk Semua Tambah Nilai TNG eWallet Melalui Kad Kredit

Sumber: Stat Counter, Mozilla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY