Syarikat Finland, Polar Night Energy, telah melancarkan sebuah Bateri Pasir terbesar di dunia di bandar Pornainen, Finland.
Bateri pasir ini dibangunkan untuk syarikat pemanas tempatan, Loviisan Lämpö.
Dengan kapasiti 1 megawatt (MW) tenaga haba dan simpanan sebanyak 100 megawatt jam (MWh), ia adalah sepuluh kali ganda lebih besar daripada prototaip pertama yang dilancarkan di Kankaanpää pada 2022 dahulu.
Bateri Pasir menggunakan elektrik bersih yang murah (contohnya dari tenaga solar atau angin) untuk memanaskan 2,000 tan batu sabun hancur, yang kemudiannya menyimpan haba itu selama beberapa hari atau minggu.
Haba ini digunakan semula untuk sistem pemanasan bandar atau proses industri — menggantikan keperluan membakar minyak atau kayu api.
Menurut CEO Loviisan Lämpö, Mikko Paajanen, penggunaan bateri pasir ini mampu mengurangkan 60% penggunaan kayu dan pelepasan karbon sehingga 70%, menghapuskan sepenuhnya penggunaan petrol dalam sistem pemanasan serta mengurangkan 160 tan pelepasan CO₂ setahun
Sistem ini juga membolehkan kestabilan bekalan haba, terutama semasa musim sejuk di mana daya tampungnya mampu memenuhi keperluan haba hampir sebulan pada musim panas, dan hampir seminggu semasa musim sejuk.

Bateri ini juga dioptimumkan secara automatik oleh AI yang dibangunkan oleh Elisa, syarikat telekomunikasi Finland.
Sistem ini memilih masa terbaik untuk mengecas dan melepaskan tenaga, mengikut harga elektrik dan keperluan grid nasional.
Ini membolehkan penjimatan besar dan pulangan pelaburan positif bagi Loviisan Lämpö.
Polar Night Energy kini sedang berbincang dengan rakan kongsi di Finland dan luar negara untuk mengembangkan teknologi ini ke sektor-sektor baharu.
Mereka juga sedang menguji kebolehan menukar haba simpanan kembali kepada elektrik, menjadikan bateri ini lebih fleksibel untuk kegunaan masa depan.
{suggest}
Sumber: Polar Night Energy