Dark, Siri TV Netflix Yang Menguji Minda Penonton

Dark, merupakan satu siri TV Netflix dari Jerman yang bergenre drama thriller dengan unsur pengembaraan masa.

Dark mengisahkan tentang kehidupan penduduk di bandar kecil bernama Winden. Plot cerita ini bermula apabila watak utama Jonas Kahnwald mula menyelesaikan misteri selepas bapanya Michael Kahnwald membunuh diri secara tiba-tiba.



Dalam masa yang sama, bandar Winden dikejutkan dengan kehilangan seorang remaja bernama Erik Obendorf dan Mikkel Nielsen. Banyak perkara pelik berlaku rentetan peristiwa kehilangan dua remaja tersebut seperti burung mati jatuh dari langit secara berjemaah.

Siri TV Yang Buat Anda Garu Kepala Dan Perah Otak

Bermula dari musim pertama, penonton perlu memerah otak untuk menyelesaikan misteri yang berlaku di bandar Winden.

Pada masa yang sama penonton juga perlu mengingati setiap karektor di dalam bandar Wilden tersebut kerana setiap daripada mereka mempunyai motif dan hubungan antara satu sama lain.

Dark adalah siri yang bermain dengan plot dan garis masa yang berbeza, membuatkan penonton mempersoal dan meragui tindakan yang diambil oleh beberapa karekter.

Jika mereka mengubah apa yang terjadi di masa lampau, maka mereka akan mengubah masa depan sekaligus mengkucar-kacirkan realiti.



Musim pertama Jonas Kahnwald menyedari adik rakannya iaitu Mikkel Nielsen yang hilang di hutan sebenarnya adalah bapanya, Michael Kahnwald. Mikkel Nielsen secara tidak sengaja pergi masa lepas dan tersangkut di tahun 1986 dan membesar dengan nama Michael Kahnwald.

Masuk ke musim kedua pula lebih banyak berkisarkan tentang bagaimana setiap ahli keluarga penduduk Winden berkait antara satu sama lain.

Musim ketiga sedikit aneh dan lebih merumitkan apabila penerbit mula memasukkan elemen multi-universe. Jadi penonton bukan sahaja perlu mendalami motif, nama dan salasilah keluarga setiap karektor, malah anda perlu faham tentang ideologi pengambaraan masa.



Saya sangat sarankan anda untuk menonton Dark di Netflix kerana ia adalah siri tv yang dihasilkan dengan penuh teliti. Saya pasti ramai penonton dan penghasil kandungan video akan terkesima dan kagum dengan teknik, pilihan shot dan komposisi yang digunakan.

Jalan cerita sedikit perlahan untuk memberi peluang kepada penonton mengenali dan memahami setiap penceritaan watak setiap karekter. Nasihat saya, anda perlu menonton dengan sabar pada awal musim, dan cuba untuk membaca segala 'hint' yang ditinggalkan setiap episod, nescaya anda pasti akan 'mind-blown' selepas setiap satu misteri dirungkaikan.