Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
the incident wide

Filem Pendek Ini Dirakam Khas Menggunakan Kamera vivo X60 Pro

Diterbitkan Mac 31, 2021 oleh Amsyar Latif

Jika tahun lalu, vivo menghasilkan filem ‘Kita’ yang dirakam menggunakan X50 Pro, kini, mereka memperlihatkan pula kemampuan kamera X60 Pro dengan kamera ZEISS menerusi ‘The Incident’.

the incident

Filem pendek ini mengisahkan seorang ibu tunggal (lakonan Pauline Tan) yang menghadapi kesukaran dalam membesarkan anaknya berusia 10 tahun (lakonan Phua Chandler) setelah kematian suaminya (lakonan Yuan Teng). Selain itu, Adibah Noor turut membuat penampilan khas dalam filem tersebut.

The Incident diarahkan oleh pengarah tempatan, Chong Keat Aun yang mana mereka berkata tiada masalah dalam penghasilan filem ini kerana kemampuan X60 Pro sangat membantu.

03. The vivo X60 Pro in action

Dalam pada itu, bagi menaikkan lagi mood filem tersebut, vivo juga mengeluarkan runut bunyi khas baginya yang bertajuk “Light of Hope”.

Lagu ini dicipta oleh Firdhaus Farmizi dan Yise Loo dimana dari tajuknya sudah cukup menggambarkan situasi filem pendek ‘The Incident’.

Sekiranya anda berminat untuk menonton filem pendek ini, anda boleh terus layari Facebook rasmi vivo Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar vivo Malaysia

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY