Pada siri terbaru ini, terdapat banyak perubahan yang dilakukan EA seperti penambahbaikan untuk melakukan hantaran, tandukan, bertahan dan memberikan lebih banyak kawalan untuk pemain secara umum.
FIFA 21 juga kelihatan sekuel yang banyak diberi nafas baharu sejak ia diperkenalkan terutama pada mod karier yang sudah lama tidak diendahkan oleh EA.
Apa yang menariknya dalam mod karier kali ini adalah Interactive Match Sim dimana anda boleh menguruskan pasukan anda dan membuat perubahan taktikal semasa anda mengakses data dan statistik perlawanan.
Selain itu, bagi mod Ultimate Team pula, pemain mempunyai "kawalan sepenuhnya" hampir semua perkara termasuk kemampuan untuk menyesuaikan stadium anda dan turut juga hadir FUT CO-OP.
Banyak lagi perkara menarik yang anda boleh nikmati dalam FIFA 21. Ia sudah mula dijual pada harga RM 249 bagi edisi standard, RM 339 edisi Champions dan RM 409 bagi edisi Ultimate.
Ia ditawarkan untuk platform PlayStation 4, Xbox One dan juga PC serta anda akan menerima penaik-tarafan secara percuma untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X selagi mana FIFA 22 belum dilancarkan.
Berkaitan
- realme GT Master Edition Akan Rasmi Di Malaysia 1 September Ini
- Ini 5 Jenama Pengeluar Telefon Terbesar Di Dunia Setakat Suku Kedua 2021
- Ini Adalah Kata Laluan Yang Kerap Digunakan Pada Tahun 2021
- Belanjawan 2021: RM15 Juta Diperuntukkan Untuk Pembangunan Esukan
- Siri Samsung Galaxy S21 Akan Diumumkan 14 Januari 2021
- LG Tone Free Earbuds Dengan Pembersih UV Terbina Hadir Di Malaysia, Berharga RM 799
- Ini Video YouTube Yang 'Trending' Di Malaysia Sepanjang Tahun 2021
- realme Buds Air 2 Akan Dilancar Buat Pasaran Tempatan Pada 25 Mac
- EA Berdepan Saman RM 24 Juta Daripada Kerajaan Belanda Untuk Kotak Loot Dalam FIFA
- Pelancaran Global Telefon Andalan Premium realme, Siri realme GT 2 Disahkan