FIFA 21 Kini Tiba Di Malaysia - Harga Bermula RM 249

Bagi peminat bola sepak, sudah pasti anda tahu akan permainan terkenal daripada Electronic Arts (EA) iaitu FIFA dan ia kini kembali hadir dengan FIFA 21 dimana ia menjanjikan permainan yang indah bagi setiap peminatnya.



Pada siri terbaru ini, terdapat banyak perubahan yang dilakukan EA seperti penambahbaikan untuk melakukan hantaran, tandukan, bertahan dan memberikan lebih banyak kawalan untuk pemain secara umum.

FIFA 21 juga kelihatan sekuel yang banyak diberi nafas baharu sejak ia diperkenalkan terutama pada mod karier yang sudah lama tidak diendahkan oleh EA.



Apa yang menariknya dalam mod karier kali ini adalah Interactive Match Sim dimana anda boleh menguruskan pasukan anda dan membuat perubahan taktikal semasa anda mengakses data dan statistik perlawanan.



Selain itu, bagi mod Ultimate Team pula, pemain mempunyai "kawalan sepenuhnya" hampir semua perkara termasuk kemampuan untuk menyesuaikan stadium anda dan turut juga hadir FUT CO-OP.

Banyak lagi perkara menarik yang anda boleh nikmati dalam FIFA 21. Ia sudah mula dijual pada harga RM 249 bagi edisi standard, RM 339 edisi Champions dan RM 409 bagi edisi Ultimate.

Ia ditawarkan untuk platform PlayStation 4, Xbox One dan juga PC serta anda akan menerima penaik-tarafan secara percuma untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X selagi mana FIFA 22 belum dilancarkan.