FIFA 21 Akan Hadir Buat PS5, Xbox Series X Dan S Pada 4 Disember

Permainan FIFA 21 telah rasmi pada platform PlayStation 4, Xbox One dan PC pada awal bulan yang lalu.

Kini, EA mengumumkan permainan ini akan hadir buat PlayStation 5, Xbox Series X dan Series S pada 4 Disember 2020.

https://twitter.com/EASPORTSFIFA/status/1321074339631013888?s=20

EA juga menyatakan versi pada konsol baharu ini akan menikmati load times lebih pantas dan perincian pemain baru dengan rendering serta pencahayaan yang lebih baik.

Versi PS5 juga akan memanfaatkan teknologi haptic yang ada pada controller DualSense PS5 tetapi EA tidak mendedahkan bagaimana ia berfungsi.

Walau bagaimanapun, EA masih tidak menunjukkan sebarang contoh permainan FIFA 21 pada konsol baharu ini.

Bagi pemilik FIFA 21 pada PS4 dan Xbox One, anda tidak perlu risau sekiranya membeli konsol baharu nanti.

Ini kerana EA memberi naik taraf secara percuma untuk PS5 dan Xbox Series X. Akan tetapi, hanya mod Ultimate Team dan Volta sahaja akan dipindahkan kepada konsol baharu.

Sumber: EA Sports FIFA