Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fenomena Halo Matahari Dirakam Menggunakan Telefon Pintar Xiaomi 11T Di Observatori Negara Langkawi

Fenomena Halo Matahari Dirakam Menggunakan Telefon Pintar Xiaomi 11T Di Observatori Negara Langkawi

Diterbitkan Mei 18, 2024 oleh ariff bukhari

Pada 15 Mei 2024, jam 1:02 petang yang lalu, satu fenomena yang dikenali sebagai Fenomena Halo Matahari iaitu apabila bayangan pelangi seakan-akan gegelung cincin dapat dilihat terbentuk di sekeliling Matahari telah berjaya dirakam menggunakan model telefon pintar Xiaomi 11T di Observatori Negara Langkawi (ONL).

Siri Xiaomi 11T
Siri Xiaomi 11T telah dilancarkan pada September 2021 dahulu. Ia dikuasakan cip Mediatek Dimensity 1200-Ultra dan dilengkapi kamera utama 108MP yang dikuasakan AI.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menjelaskan, *fenomena optik ini berlaku disebabkan cahaya Matahari telah dibiaskan dan dipantulkan ketika melalui hablur ais berbentuk heksagon yang terdapat di dalam awan sirus dan menghasilkan suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari.

Bahagian dalam lingkaran berwarna merah manakala bahagian luar lingkaran pula berwarna biru atau ungu menurut urutan warna pelangi.
Fenomena ini juga dikenali sebagai halo 22 darjah (22-degree halo) disebabkan saiz sudut (angular size) gegelung yang terbentuk adalah sekitar 22 darjah.
Kebanyakan Halo terjadi disebabkan oleh kristal ais dalam *awan sirus (cirrus) yang sejuk yang terletak pada ketinggian 5 hingga 10 km di lapisan *troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Fenomena Halo Matahari
  • ???????? ????? ialah fenomena yang disebabkan oleh interaksi cahaya dari Matahari atau Bulan dengan atmosfera, awan, air, habuk dan partikel lain.
  • ???? ????? (??????) adalah sejenis kumpulan awan tinggi (5-13 kilometer dari permukaan Bumi) yang terdiri sepenuhnya daripada ais dan kelihatan panjang dan nipis. Pembentukan awan ini juga boleh dikenali melalui bentuknya yang berjurai atau lebih dikenali sebagai “ekor kuda”. Awan sirus biasanya berwarna putih dan menandakan cuaca mungkin akan berubah dalam masa 24 jam.
  • ?????????? merupakan lapisan atmosfera yang hampir sekali dengan Bumi, yang terletak di antara 6 hingga 10 km.

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 11T Dan Xiaomi 11T Pro Dilancarkan Bersama Pengecas Hyper 120W
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: MYSA 1,2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY