Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

FAU-G: Permainan Alternatif PUBG Dari India Akan Dilancarkan November Ini

Posted on Oktober 26, 2020

Fearless and United Guards (FAU-G) adalah sebuah permainan multi-pemain bergenre battle royale yang dibangunkan syarikat dari India, nCore Games.

Sejak pengharaman permainan terkenal iaitu PUBG di India, mereka tidak berdiam diri dan menghasilkan permainan mereka sendiri, FAU-G yang akan dilancarkan November 2020.

Lokasi permainan adalah berdasarkan Galwan Valley dan satu video acah berdurasi satu minit telah dikongsikan pelakon Bollywood, Akshay Kumar.

Today we celebrate the victory of good over evil, and what better day to celebrate our Fearless and United Guards, our FAU-G!
On the auspicious occasion of Dussehra, presenting the #FAUG teaser.@nCore_games @BharatKeVeer @vishalgondal #AtmanirbharBharat #StartupIndia pic.twitter.com/5lvPBa2Uxz

— Akshay Kumar (@akshaykumar) October 25, 2020

Melalui video tersebut juga memberikan gambaran tentang FAU-G serta menunjukkan pertempuran tanpa senjata.

Pembangunnya, nCore telah mengesahkan bahawa ia akan dilancarkan pada bulan November dan tiada tarikh rasmi diumumkan lagi.

Permainan ini tersedia di platform Android dan iOS. Dikatakan juga bahawa permainan ini adalah berdasarkan peristiwa sebenar dimana Pasukan Keselamatan India menangani ancaman dalam dan luar negara.

Sebanyak 20% daripada keuntungan permainan ini akan disumbangkan kepada ‘Bharat Ke Veer Trust’ untuk menyokong keluarga angkatan bersenjata India yang terkorban.

Sumber: Timesnownews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress