Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
social media facebook

Lebih 93% Kandungan Perjudian Yang Diturunkan Diiklankan Di Facebook

Diterbitkan Februari 13, 2025 · Dikemas kini Februari 13, 2025 oleh Amalina Athman

Sebanyak 93.14% daripada 224,403 kandungan berkaitan perjudian yang telah diturunkan di pelbagai platform dalam talian adalah daripada Facebook, menjadikan platform media sosial itu sebagai ‘lubuk’ iklan judi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata peratusan itu merangkumi 209,006 kandungan perjudian di Facebook dari 2022 hingga 1 Februari lalu. Sementara 5,026 laman web judi turut disekat dengan kerjasama penyedia perkhidmatan Internet sepanjang tempoh yang sama.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi memastikan ekosistem rangkaian Internet lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna.

Ia adalah selaras dengan usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mewajibkan setiap perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta 588 bermula 1 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata MCMC di bawah bidang kuasa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) komited memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi penurunan kandungan media sosial, sekatan laman web dan bantuan teknikal bagi mempercepat proses siasatan berkaitan kesalahan perjudian dalam talian.

Berkaitan

  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • 4 Platform Media Sosial Ini Jadi Pilihan Utama Scammer Lakukan Penipuan Dalam Talian Di Malaysia
  • Belum Pun Sebulan, Lebih 18 Ribu Kandungan Telah Diturunkan Dari Media Sosial
  • Kerajaan Tak Berhasrat Hadkan Umur Untuk Akses Media Sosial - Fahmi

Sumber: AWANI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY