Facebook Sedang Bangunkan Ciri Cari Jodoh Seakan Tinder

Pada acara F8 bulan Mei yang lalu, Facebook ada mengumumkan pembangunan ciri Facebook Dating.

Dilihat seakan-akan aplikasi cari kenalan, Tinder, ciri tersebut sudah mula diuji di Columbia. Facebook akan menggunakan algoritma mereka dalam menyesuaikan kenalan berdasarkan informasi yang diberikan oleh pengguna.

Contoh informasi adalah seperti biografi, tempat kerja, pendidikan, agama, ukuran fizikal tubuh badan serta status diri, bujang ataupun sudah mempunyai anak.

Walaupunbegitu, ia tidaklah betul-betul sama seperti Tinder kerana anda tidak boleh swipe untuk memilih jodoh. Keserasian kenalan adalah berdasarkan jawapan pertanyaan peribadi dan kesesuai foto.

Menurut Facebook, ia akan hadir pada aplikasi mudah alih terlebih dahulu dan mesej dari ciri itu akan diletakkan pada inbox yang berasingan.

Penawaran ciri Facebook Dating untuk pengguna tempatan masih belum diketahui lagi.

Sumber: The Next Web

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408