Sistem itu mencipta kod perkataan ciptaan mereka sendiri untuk berkomunikasi antara mereka. Penyelidik terpaksa mematikan sistem tersebut apabila mereka menyedari ia tidak lagi menggunakan bahasa inggeris.
Menurut Global News, AI itu mengatur perkataan-perkataan menjadi sesuatu yang tidak logik dan hanya boleh difahami oleh bot-bot sahaja, kata saintis Facebook AI Research.
Berikut antara contoh perbualan antara bot-bot program itu yang dikenali sebagai 'Bob' dan 'Alice':
Bob: i can i i everything else
Alice: balls have zero to me to me to me to me to me to me to me to me to
Bob: you i have everything else
Alice: balls have a ball to me to me to me to me to me to me to me to me
Menurut pakar di Facebook lagi, kelakuan ini agak sama seperti manusia yang mencipta perkataan pendek untuk merujuk kepada sesuatu.
Dalam perkataan lain, ianya sama seperti satu-satu komuniti manusia - seperti nelayan, atau pemain saham atau programmer, yang mencipta dialek mereka tersendiri yang berfungsi (dengan lebih efisyen) untuk persekitaran khusus mereka.
Program itu dicipta sebagai sebahagian dari program yang bertujuan untuk mengajar mesin bagaimana untuk berunding, dengan tujuan akhir untuk mencipta pembantu digital personal yang boleh berkomunikasi dengan Manusia, kata penyelidik Facebook dalam satu blog.
"Bob" dan "Alice" ditutup bukan kerana takut mereka akan merancang untuk menggulingkan mausia, tetapi kerana penyelidik mahukan robot yang mampu bercakap kepada manusia, kata saintis, Mike Lewis.
Difahamkan, robot itu mampu mencipta bahasa tersendiri kerana terdapat ralat di dalam kod sehingga memberikan ia insentif untuk mencipta bahasa sendiri.
Kredit: Siakap Keli
Berkaitan
- Google Pixel 3 XL Dilancarkan Secara Rasmi, Mempunyai Skrin Paparan Lebih Besar & Kamera Utama Berlensa Tunggal
- Imej Tertiris Nokia 5.1 Plus Dedahkan Kamera Utama Dwi-Lensa
- OnePlus 5 Sah Mempunyai Dwi Kamera Utama dan Cip Pemprosesan 835
- Google Akan Bayar Hampir RM 50 Bilion Untuk Terus Menjadi Enjin Carian Utama Peranti Apple
- iPhone 8 Dijangka Membawakan Sokongan Rakaman Video 4K Di Kamera Utama dan Selfie
- Huawei- Mate 10 Akan Menjadi Pencabar Utama iPhone
- Fungsi Permesejan Facebook Mungkin Bakal Disatukan Semula Dengan Aplikasi Utama Selepas Ini
- Oppo R17 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Dilengkapi Dengan Tri-Kamera Utama
- Rekaan Kerangka HONOR 20 Pro Beri Bayangan Penggunaan Tri-Kamera Utama
- Red Dead Redemption 2 Ambil Masa Selama 60 Jam Untuk Menghabiskan Misi Utama