Facebook Mengumumkan Logo Baharu - Bukan Untuk Aplikasi, Tetapi Identiti Korporat

Facebook hari ini mengumumkan logo baharu sebagai cara untuk mengasingkan identiti korporat dengan aplikasi mereka - Instagram, WhatsApp, Messenger, Oculus, dan juga Facebook. Logo ini akan digunakan pada kesemua produk dan bahan pemasaran termasuklah laman sesawang. Ia juga bersifat dinamik dengan warna yang berubah mengikut aplikasi atau konteks kandungan.

uncaptionedMenurut Mark Zuckerberg, penjenamaan ini adalah penting dari aspek keterbukaan. Beliau ingin semua pengguna di dunia ini mengetahui bahawa aplikasi-aplikasi ini (Instagram, WhatsApp, dll) merupakan sebahagian dari keluarga Facebook. Dengan itu, keseluruhan persepsi terhadap syarikat Facebook bakal meningkat.



Logo Facebook ini akan digunakan secara rasmi dalam beberapa minggu lagi. Sebelum ini Facebook meletakkan "from Facebook" dalam sesetengah aplikasi mereka untuk memberitahu secara tidak langsung pemilikan aplikasi tersebut. Dengan perkembangan dan pertumbuhan rangkaian dan aplikasi yang dimiliki Facebook, penjenamaan logo ini dilihat keputusan yang tepat - mengasingkan identiti korporat dengan aplikasi mereka.

Sumber: Forbes