Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Mengumumkan Logo Baharu – Bukan Untuk Aplikasi, Tetapi Identiti Korporat

Facebook Mengumumkan Logo Baharu – Bukan Untuk Aplikasi, Tetapi Identiti Korporat

Diterbitkan November 5, 2019 ยท Dikemas kini November 5, 2019 oleh Meor Hasyim

Facebook hari ini mengumumkan logo baharu sebagai cara untuk mengasingkan identiti korporat dengan aplikasi mereka – Instagram, WhatsApp, Messenger, Oculus, dan juga Facebook. Logo ini akan digunakan pada kesemua produk dan bahan pemasaran termasuklah laman sesawang. Ia juga bersifat dinamik dengan warna yang berubah mengikut aplikasi atau konteks kandungan.

uncaptionedMenurut Mark Zuckerberg, penjenamaan ini adalah penting dari aspek keterbukaan. Beliau ingin semua pengguna di dunia ini mengetahui bahawa aplikasi-aplikasi ini (Instagram, WhatsApp, dll) merupakan sebahagian dari keluarga Facebook. Dengan itu, keseluruhan persepsi terhadap syarikat Facebook bakal meningkat.

Facebook Mengumumkan Logo Baharu – Bukan Untuk Aplikasi, Tetapi Identiti Korporat

Logo Facebook ini akan digunakan secara rasmi dalam beberapa minggu lagi. Sebelum ini Facebook meletakkan “from Facebook” dalam sesetengah aplikasi mereka untuk memberitahu secara tidak langsung pemilikan aplikasi tersebut. Dengan perkembangan dan pertumbuhan rangkaian dan aplikasi yang dimiliki Facebook, penjenamaan logo ini dilihat keputusan yang tepat – mengasingkan identiti korporat dengan aplikasi mereka.

Sumber: Forbes

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY