Facebook Kemaskini Fungsi Live 360 Video

Semalam Facebook telah mengumumkan beberapa fungsi baru bagi ciri video Live 360 yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pembuat video dan juga penonton.

Apa yang baru?

Antara fungsi baru yang akan melengkapi ciri penstriman 360 darjah secara langsung itu adalah:

  • Sokongan penstriman video dengan resolusi 4K - untuk memberi pengalaman yang lebih mendalam kepada penonton

  • Penstabilan video secara automatik - jika terdapat video yang bergoyang algoritma Facebook akan mengenal pasti video tersebut untuk menstabilkannya

  • Pembuat video boleh memaklumkan jadual siaran kepada penonton

  • Butang "Donate" akan terpapar pada antaramukan Live 360


Selain itu, syarikat juga melancarkan program Ready yang mana ia menjemput...

  • pengeluar kamera dan

  • pembangun perisian


...untuk mendapatkan pra-pengiktirafan daripada Facebook bagi menyediakan peranti dan perisian untuk platform video Live 360. Logo Live Facebook akan menghiasi produk yang mendapat pra-pengiktirafan daripada Facebook.

Berikut merupakan jenama peranti dan perisian yang terlibat:

Kamera 360

  • Insta360 Air (sudah iktiraf awal tahun)

  • Insta360 Nano (sudah iktiraf awal tahun)

  • Insta360 Pro (sudah iktiraf awal tahun)

  •  Giroptic IO

  • Nokia Ozo

  • ION360U

  • ORAH 4I

  • Z Cam S1

  • 360fly 4K Pro

  • Garmin VIRB 360


Perisian

  • SCRATCH VR

  • Groovy Gecko

  • LiveScale

  • Teradek

  • Voysys

  • Wowza

  • Z CAM WonderLive


Nampaknya jenama ternama seperti Samsung dan Ricoh tidak pula disenaraikan. Rasanya tidak lama lagi penstriman secara VR pula akan muncul dalam ciri ini yang mana ia akan memberi pengalaman lebih mendalam dalam menonton video secara langsung.

Kapsyen: Contoh video Live 360 yang dirakam oleh NatGeo


Sumber: Engadget