Facebook Didakwa Mengintip Pengguna Instagram Melalui Kamera Swafoto

Facebook sekali lagi berhadapan tuntutan mahkamah apabila didakwa telah mengintip pengguna Instagram melalui kamera pada telefon mereka. Menerusi aduan yang difailkan pada 18 September 2020, gergasi media sosial itu dikatakan telah mengakses kamera swafoto tanpa kebenaran pengguna.

Menurut laporan, tuntutan tersebut difailkan setelah pelbagai laporan media mengenai aplikasi media sosial itu, yang telah mengakses kamera iPhone walaupun pengguna tidak menggunakannya secara aktif. Sejak itu, Facebook telah menafikan laporan tersebut dan menyalahkan isu tersebut sebagai pepijat.

Dalam pada itu, tuntutan tersebut menyatakan bahawa penggunaan kamera itu disengajakan dan dilakukan untuk tujuan mengumpulkan "data yang menguntungkan dan berharga" pada penggunanya, yang tidak akan dapat diakses olehnya.

Buat masa ini, Facebook enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Sumber: GizmoChina