Facebook Akan Lakukan Tuntutan Mahkamah Terhadap Apple Berkaitan Privasi

Pada Disember lalu, Apple telah memperkenalkan label privasi baharu di App Store untuk memudahkan pengguna mengetahui data apa yang dikumpulkan oleh pembangun aplikasi untuk menjejak mereka.

Sejak daripada itu, syarikat-syarikat gergasi seperti Google dan Facebook seakan tidak berpuas hati terhadap perkara ini. Namun, Google akur dengan tindakan Apple dimana sebahagian besar aplikasi untuk iPhone belum ditambah label privasi.

Walaupun Facebook telah mengemaskini privasi mereka di App Store, Facebook mendakwa bahawa tindakan Apple itu sebenarnya kelihatan tidak adil bagi pembangun.



Ini juga membuatkan Facebook sedang bersiap sedia untuk melakukan tuntutan mahkamah terhadap Apple di atas tuduhan antikompetitif terutama transparensi penjejakan dan iMessage.

Tuntutan ini juga dibuat kerana Apple dikatakan tidak berlaku adil dan dianggap ia hanya undang-undang yang dilakukan Apple sendiri dimana aplikasi daripada mereka tidak perlu mengikutnya termasuk medium pembayaran.

Walau bagaimanapun, aplikasi Apple tidak menjejak atau berkongsi data pengguna untuk tujuan pengiklanan seperti yang dilakukan Facebook dan Google.

Tambahan lagi, Mark Zuckerberg mengakui bahawa pesaing terbesar baginya adalah Apple.

Berikutan daripada ini, Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk membalas semula tindakan yang dilakukan Facebook.

Sumber: The Information via MacRumours