Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei fast charging EV

EV Mungkin Boleh Dicas Penuh Sepantas 10 Minit Pada Masa Hadapan – Penyelidik

Diterbitkan Jun 4, 2024 · Dikemas kini Jun 5, 2024 oleh ariff bukhari

Sekumpulan penyelidik telah menemui bagaimana zarah bercas kecil, dipanggil ion, bergerak dalam rangkaian kompleks liang kecil.

Kejayaan itu didakwa boleh membawa kepada pembangunan peranti penyimpanan tenaga yang lebih cekap, seperti supercapacitors, kata Ankur Gupta, penolong profesor kejuruteraan kimia dan biologi.

Walaupun keupayaan itu belum dapat dilakukan ketika ini, penyelidikan baharu oleh pasukan saintis CU Boulder itu berpotensi membawa kepada kemajuan yang akan membolehkan peranti seperti komputer riba dicas penuh sepantas 1 minit sahaja.

Malah kenderaan elektrik (EV) pula mungkin akan dapat dicas penuh sepantas 10 minit sahaja pada masa hadapan.

Gupta menjelaskan bahawa beberapa teknik kejuruteraan kimia digunakan untuk mengkaji aliran dalam bahan berliang seperti takungan minyak dan penapisan air, tetapi ia belum digunakan sepenuhnya dalam beberapa sistem penyimpanan tenaga.

Penemuan ini penting bukan sahaja untuk menyimpan tenaga dalam kenderaan dan peranti elektronik tetapi juga untuk grid kuasa, di mana permintaan tenaga yang semakin meningkat memerlukan penyimpanan tenaga yang cekap untuk mengelakkan pembaziran semasa tempoh permintaan rendah dan untuk memastikan bekalan pantas semasa permintaan tinggi.

Supercapacitors, peranti storan tenaga yang bergantung pada pengumpulan ion dalam liang-liangnya, mempunyai masa pengecasan yang cepat dan jangka hayat yang lebih lama berbanding bateri.

Menurut Gupta, supercapacitors bergantung kepada kelajuannya. Jadi, dengan pergerakan ion yang lebih cekap, pengecasan dan pelepasan tenaga pun akan menjadi lebih pantas.

EV Mungkin Boleh Dicas Penuh Sepantas 10 Minit Pada Masa Hadapan – Penyelidik
Kirchhoff law yang diubah suai; bagaimana peraturan telah diubah di persimpangan.

Selain itu, cara tersebut secara tidak langsung ‘mengubah’ sedikit serta mengubah suai hukum Kirchoff yang mana dalam hukum ini menyatakan bahawa arus yang keluar sama dengan arus yang masuk di dalam satu litar tertutup.

Oleh itu, melalui penyelidikan ini, ia mungkin akan memberi impikasi untuk masa depan teknologi.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Robot Mitsubishi Cipta Rekod Dunia Guinness Selesaikan Kiub Rubik Kurang Dari 0.5 Saat
  • Cukai Jalan EV Akan 85% Lebih Murah Dari Kadar Sedia Ada, Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

Sumber: University of Colorado

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY