EufyCam - CCTV Tanpa Wayar Yang Mampu Bertahan Sehingga Satu Tahun

Closed Circuit Television (CCTV) atau dalam bahasa melayunya kamera litar tertutup digunakan untuk memantau keadaan sekeliling dalam bentuk video. Biasanya pemasangan CCTV ini dikaitkan dengan kawalan keselamatan di mana ia membolehkan pengguna memantau kawasan liputan CCTV secara jarak jauh.

Mencari sebuah CCTV yang memenuhi keperluan dan kehendak kita bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi eufyCam merupakan sebuah peranti baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri dan fungsi menarik bagi sesebuah CCTV.

Ia adalah sebuah peranti 100% tanpa wayar, dan anda hanya perlu melekatkan stick mount di mana-mana permukaan dinding yang rata kemudian eufyCam sedia untuk dipasang.

Kapsyen: Kredit: www.kickstarter.com


Kebanyakan peranti kamera litar tertutup di luar sana memerlukan pengecasan sekurang-kurangnya setiap 2 bulan sekali, tetapi tidak bagi eufyCam. Ia didakwa boleh digunakan selama 365 hari dengan sekali pengecasan.

Kapsyen: Kredit: www.kickstarter.com


Pengguna boleh menggunakan pengesanan wajah yang dilengkapi dalam aplikasi eufyCam, dan apabila ada seseorang memasuki kawasan rumah anda, peranti ini boleh mengesan sama ada wajah seseorang tersebut boleh dipercayai atau tidak.

Sekiranya, ada wajah yang tidak dikenali masuk ke kawasan rumah anda, eufyCam akan menghantar memaklumkan kepada anda melalui notifikasi ke medium yang anda tetapkan.

Kapsyen: Kredit: www.kickstarter.com


CCTV ini memaparkan sudut lebar sehingga 140 darjah dengan pandangan panorama dan paparan rakaman Full HD sepanjang masa hasil daripada gabungan teknologi canggih Sensor Sony Exmor dan aperture f/2.2.

Ia sekaligus memberi paparan yang lebih baik walaupun pada keadaan kurang cahaya. Malah, pembangunnya menjanjikan CCTV ini akan memberikan pengguna 95% lebih sedikit penggera palsu.

Fungsi kalis cuaca IP66 yang ada pada peranti ini juga membolehkan ia bertahan walaupun dalam keadaan suhu yang terlalu rendah atau terlalu tinggi. Ia dapat bertahan pada suhu sejuk sehingga -4°F (-20 ° C) dan suhu maksima sehingga 122°F (50 ° C).

Kapsyen: Kredit: www.kickstarter.com


Kapsyen: Kredit: www.kickstarter.com


Selain boleh melihat video di CCTV, anda juga boleh berkomunikasi dengan orang lain melalui eufyCam. Ini kerana ia dilengkapi dengan mikrofon dan pembesar suara yang terbina di dalamnya.

eufyCam dijual pada harga $329(~RM1,370), lebih murah berbanding beberapa CCTV dengan ciri dan fungsi yang hampir sama seperti Ario Pro 2.

 

Sumber: KickStarter