Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kesatuan Eropah (EU)

EU Tidak Akan Kompromi, Pertimbang Tarif Baharu Terhadap Syarikat Teknologi AS

Diterbitkan April 11, 2025 ยท Dikemas kini April 11, 2025 oleh Amsyar Latif

Kesatuan Eropah (EU), menerusi Presidennya Ursula von der Leyen, sedang mempertimbangkan langkah tegas termasuk mengenakan cukai atau tarif terhadap syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) seperti Meta (Facebook) dan Google jika rundingan dengan pentadbiran Donald Trump gagal menamatkan perang tarif antara kedua-dua pihak.

Langkah ini muncul selepas Trump mengenakan tarif tambahan sebanyak 20% ke atas keluli dan aluminium dari EU, yang mencetuskan ketegangan perdagangan antara dua ekonomi besar ini.

EU sebelum ini telah mencadangkan rundingan untuk menghapuskan tarif secara bersama terhadap barangan perindustrian, namun ia tidak mendapat sambutan baik daripada Washington yang menyifatkan beberapa dasar EU, seperti standard produk dan peraturan VAT, sebagai halangan perdagangan.

Sebagai respons, von der Leyen menegaskan bahawa EU tidak akan berkompromi terhadap isu-isu yang menyentuh kedaulatan seperti VAT dan peraturan digital, tetapi bersedia berbincang tentang penyelarasan standard tertentu bagi memudahkan perdagangan.

Sekiranya rundingan tidak mencapai penyelesaian, EU merancang untuk menggunakan instrumen anti-paksaan buat kali pertama dengan mengenakan cukai secara menyeluruh terhadap perkhidmatan digital dari AS, khususnya hasil daripada pengiklanan digital.

Tindakan ini akan menyasarkan secara langsung syarikat teknologi besar AS yang mempunyai pegangan utama dalam pasaran digital EU.

Von der Leyen turut menyatakan bahawa dasar perdagangan Trump telah mencetuskan perubahan besar dalam hubungan perdagangan global, yang mendorong EU untuk menjalin kerjasama lebih erat dengan negara-negara lain seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Emiriah Arab Bersatu.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Trump Sedia Pertimbang Pelepasan Tarif Jika China Luluskan Perjanjian TikTok
  • Tarif Baru AS Ke Atas China Kini Meningkat Kepada 125%, Tapi Buat Pusingan U Ke Atas Negara Lain
  • Tarif Baharu Trump Beri Impak Pada Ketersediaan Komputer Riba Razer Di AS

Sumber: Financial Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY