Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta didenda

Pindahkan Data Pengguna Eropah Ke AS, Meta Didenda Lebih RM5.9 Bilion

Diterbitkan Mei 22, 2023 · Dikemas kini Mei 22, 2023 oleh Amalina Athman

Pemilik Facebook, Meta kini dilaporkan telah didenda €1.2 bilion (~RM5.9 bilion) oleh pengawal selia Kesatuan Eropah (EU) kerana memindahkan data pengguna ke Amerika Syarikat (AS).

Berkaitan

  • Australia Naikkan Denda Sehingga Lebih RM152 Juta Bagi Pencerobohan Data
  • Akibat Jual Lebih 7 Juta 'Hard Disk' Kepada Huawei, Seagate Didenda RM1.3 Bilion

Keputusan itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland, selepas memutuskan bahawa pemindahan data Facebook ke AS telah melanggar Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) dan “tidak menangani risiko kepada hak dan kebebasan asas” pengguna Eropah.

Untuk rekod, denda itu merupakan yang terbesar pernah dikenakan di bawah undang-undang privasi GDPR, yang sebelumnya ialah penalti €746 juta (~RM3.6 bilion) dikenakan kepada Amazon bagi pelanggaran privasi yang serupa.

Sebagai tambahan, Meta diberikan tempoh lima bulan untuk menggantung sebarang pemindahan data peribadi ke AS dan enam bulan untuk menghentikan proses yang menyalahi undang-undang, termasuk penyimpanan data di AS.

Bagaimanapun, Instagram dan WhatsApp yang juga dimiliki oleh Meta tidak dikenakan perintah yang sama.

Privacy Shield

Terdahulu, data peribadi pengguna EU boleh dipindahkan secara sah ke AS di bawah pengaturan yang dikenali sebagai “Privacy Shield”, sebelum ianya dibatalkan oleh mahkamah EU pada 2020.

Namun, pengawal selia Ireland mendakwa bahawa Meta melanggar undang-undang GDPR EU apabila ia berterusan memindahkan data peribadi ke AS, walaupun Privacy Shield itu telah dibatalkan.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY