Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EU Bakal Perkenal Logo Baru USB-C

EU Bakal Perkenal Logo Baru USB-C

Diterbitkan Oktober 16, 2025 · Dikemas kini Oktober 16, 2025 oleh ariff bukhari

Kesatuan Eropah (EU) telah melangkah setapak ke hadapan dalam usaha mengurangkan sisa elektronik dengan memperkenalkan langkah menjadikan USB-C sebagai piawaian utama untuk semua pengecas.

Setiap tahun, lebih 400 juta pengecas dijual di Eropah, menghasilkan jumlah sisa yang tidak lagi boleh diabaikan.

Langkah baharu ini menetapkan bahawa semua pengecas mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu port USB-C, menawarkan kecekapan tenaga lebih tinggi dan keserasian universal antara pelbagai peranti meliputi telefon, komputer riba hinggalah fon kepala dan tetikus.

EU Bakal Perkenal Logo Baru USB-C

Malah logo baharu turut akan diperkenalkan bagi memudahkan pengguna memadankan pengecas dengan peranti mereka.

Dengan inisiatif ini, EU menjangka penjimatan tenaga sehingga 3% menjelang 2035, pengurangan pencemaran, dan penjimatan €100 juta (~RM492 juta) setahun untuk pengguna.

Pihak pengeluar pula diberi tempoh selama tiga tahun untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baharu EU ini.

Berkaitan

  • Semua Peranti Pintar Di EU Kini Mesti Menggunakan Pengecas USB-C
  • Elak Masalah Sambungan, Microsoft Wajibkan USB-C Standard Untuk 'Laptop' Windows Baharu
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
©2026 WISER.MY