Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asteroid 2024 YR4

ESA Pantau Rapat Asteroid Yang Ada Risiko Kecil Hentam Bumi Pada 2032

Diterbitkan Februari 4, 2025 · Dikemas kini Februari 5, 2025 oleh ariff bukhari

Pejabat Pertahanan Planet Agensi Angkasa Eropah (ESA) sedang memantau dengan rapat status semasa asteroid yang dinamakan sebagai 2024 YR4.

Ia ekoran peratusan kecil (1.2%) asteroid itu menghentam Bumi pada 22 Disember 2032.

Asteroid ini, berukuran antara 40 hingga 100 meter, ditemui pada 27 Disember 2024 di Chile dan kini berada di tahap 3 pada Skala Bahaya Torino.

Walaupun peluang hentaman kecil, ESA dan NASA terus melakukan pemerhatian lanjut untuk menilai saiz dan trajektorinya dengan lebih tepat.

Asteroid ini memenuhi kriteria untuk pengaktifan dua kumpulan tindak balas asteroid PBB, iaitu International Asteroid Warning Network (IAWN) dan Space Mission Planning Advisory Group (SMPAG).

Disebabkan orbitnya yang eksentrik, asteroid ini semakin menjauh dari Bumi dan sukar dikesan dalam beberapa bulan akan datang.

Jika tidak dapat diperhatikan lagi, ia mungkin kekal dalam senarai risiko ESA sehingga 2028.

SMPAG yang dipengerusikan ESA dalam laporan terbaru berkaitan asteroid ini memaklumkan, mereka akan bertemu semula pada akhir April atau awal Mei apabila asteroid itu pudar daripada pandangan untuk menilai semula keadaan, atau lebih awal sekiranya risiko impak meningkat dengan ketara.

Sekiranya anggaran diameter asteroid kekal melebihi 50m, dan kebarangkalian impak kekal melebihi 1%, SMPAG akan mengeluarkan cadangan tentang tindakan selanjutnya kepada Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA).

Tambahan lagi, menurut Nasa, mereka telah mengenal pasti potensi zon impak asteroid pada 2032, meliputi kawasan seperti timur Lautan Pasifik, Amerika Selatan utara, Lautan Atlantik, Afrika, Laut Arab, dan Asia Selatan.

Namun, saintis dari Curtin University, Dr. Hadrien Devillepois menyatakan bahawa berdasarkan pemerhatian setakat ini, kemungkinan besar asteroid tersebut tidak akan memasuki Bumi.

Walau bagaimanapun, beliau menekankan bahawa lebih banyak pemerhatian diperlukan untuk memastikan ramalan ini tepat dan menentukan laluan asteroid dengan lebih jitu.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Kereta Api Peluru Jepun Ikonik Ini Akhirnya Ditamatkan Perkhidmatannya
  • DeepSeek Dilaporkan Guna 50 Ribu GPU Nvidia, Labur ~RM7.52 Bilion Untuk Pelayan

Sumber: ESA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY