Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Empat Lagi Lebuh Raya PROLINTAS Sokong Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Empat Lagi Lebuh Raya PROLINTAS Sokong Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Diterbitkan Mei 2, 2025 · Dikemas kini Mei 2, 2025 oleh Amalina Athman

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) mengumumkan empat lagi lebuh raya di bawah seliannya kini menggunakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka, berkuat kuasa 1 Mei 2025.

Dengan pelaksanaan lorong pembayaran tol terbuka, pengguna kini mempunyai alternatif tambahan untuk membayar tol menggunakan kad debit dan kredit, selain kaedah sedia ada seperti kad TNG, SmartTAG dan RFID. 

Empat lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Empat Lagi Lebuh Raya PROLINTAS Sokong Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Sebelum ini, sistem pembayaran tersebut telah pun dilaksanakan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) sejak September 2023.

Secara keseluruhan, sebanyak 36 lorong di kesemua enam lebuh raya PROLINTAS akan menggunakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka.

Sebanyak lapan lorong disediakan untuk lebuhraya SILK, manakala LKSA dan DASH masing-masing mempunyai empat dan enam lorong. SUKE menawarkan sejumlah 10 lorong merentasi plaza tolnya.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Diskaun Tol 50% Sepanjang Musim Perayaan Tahun Ini - Ganti Mekanisme Tol Percuma
  • PLUS Dijangka Mula Ujian Rintis Sistem Tol Tanpa Palang Menjelang April

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY