Elon Musk Berpendapat Manusia Perlu Bertukar Menjadi Cyborg Untuk Kekal Bersaing Di Masa Hadapan

Manusia perlu bertukar menjadi cyborg dan berinteraksi dengan mesin melalui sambungan jalur lebar berkuasa tinggi (high-bandwith) untuk tidak ketinggalan dengan zaman yang semakin pesat membangun. Itulah yang disuarakan oleh Elon Musk, pengasas Tesla dan SpaceX di Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia yang berlangsung di Dubai.

"Tidak lama lagi kita akan melihat gabungan antara kepintaran biologi dan kepintaran digital" jelas musk kepada CNBC. Musk menyatakan mesin atau robot boleh memproses data dalam kadar yang laju dengan jumlah yang lebih banyak berbanding otak manusia. Jadi manusia perlu menjadi robot untuk mengelakkan persaingan di masa hadapan.

960

Seperti contoh dalam sektor pengangkutan, kenderaan pandu-sendiri bakal menggantikan perkhidmatan awam sedia ada yang mana sekarang ini banyak dikendalikan oleh manusia. Musk melihat ia bakal menyebabkan ramai pemandu kehilangan pekerjaan pada masa hadapan. Tetapi bagaimana pula dengan sektor-sektor yang lain? Selain itu, Musk turut menyatakan idea perlunya diwujudkan satu 'komuniti' atau 'masyarakat' cyborg, dilengkapi dengan teknologi yang dipanggil "Deep AI" atau "lebih pintar dari manusia yang paling pintar". Beliau mahukan bangsa manusia kekal relevan di masa hadapan supaya dapat kekal berada ditahap yang lebih tinggi dari robot/mesin.

Idea ini mungkin kedengaran sedikit gila tetapi tiada yang mustahil dengan izin-Nya. Buat masa sekarang kalau anda mahu lihat cyborg boleh lah menonton filem, mana tahu masa depan nanti anda menjadi cyborg takdelah gayat sangat. =p

Sumber: CNBC