Mengenali Dengan Lebih Dekat Kamera 48 MP Milik Honor View20

Meneliti penawaran-penawaran telefon pintar yang dibuat sehingga kini, anda pastinya menyedari antara bahagian yang menjadi tumpuan peminat adalah kelengkapan kamera. Ia ditambah lagi dengan penggunaan media sosial yang semakin meluas, pastinya anda mahu berkongsi gambar yang terbaik diplatform tersebut untuk tatapan keluarga mahupun rakan.



Walaupun masih belum mampu menandingi kualiti kamera digital seperti DSLR, namun sistem kamera telefon pintar masa kini dirasakan sudah memadai dengan keperluan kita sebagai pengguna.


Istilah dwi-kamera, tri- kamera dan seumpamanya mungkin sudah tidak mendatangkan keterujaan kepada peminat. Menambahbaik pengalaman rakaman foto, pengeluar mula melengkapkan peranti dengan lensa 48MP dan menjadi topik perbualan hangat para peminat.



HONOR View20 merupakan peranti pertama yang menggunapakai lensa 48MP dan tentunya, kualiti gambar menjadi pertaruhan bagi model ini.



HONOR View20 menawarkan sensor dengan resolusi 48MP bersama aperture f/1.8 serta ditemani sensor 3D ToF. Sensor utama yang digunakan adalah Sony IMX 586.


Terdapat kekeliruan dalam kalangan peminat antara sensor keluaran syarikat Jepun ini dan sebuah lagi sensor 48MP dari syarikat korea, Samsung ISOCELL GM1. Kedua-duanya dilihat sama dari segi fungsi dan ciri, tetapi Sony IMX 586 mempunyai kelebihan yang tersendiri.


Secara ringkasnya, sensor Samsung GM1 adalah sensor 12MP yang menghasilkan imej 48MP menggunakan teknik interpolasi. Berlainan pula dengan IMX 586 yang merupakan sensor 48MP sebenar dan berupaya menangkap kesemua perincian tanpa manipulasi daripada perisian.


Aplikasi kameranya memberikan pilihan kepada anda sama ada untuk merakam imej 12MP, 48MP atau 48MP dengan sokongan kecerdasan buatan, AI Ultra Clarity. Ia berfungsi meningkatkan ketajaman dan kejelasan foto yang diambil pada pencahayaan yang baik.


Selain itu, antaramuka aplikasi kamera ini ringkas dan mudah digunakan sesiapa sahaja. Membariskan mod utama seperti AR Lens, Night, Potrait, Photo, Video dan More. Untuk lebih ciri, ia disediakan dengan mod Pro, Slow-mo, Panorama, Aperture, Light Painting, HDR, Time-Lapse dan beberapa lagi.



Jika melihat pada hasil yang ditunjukkan oleh HONOR View20, kualiti yang diberikan boleh dikatakan antara yang terbaik. Prestasi konsisten ditunjukkan untuk rakaman foto pada siang hari dengan warna yang baik, dan cemerlang pada ketajaman gambar. Anda boleh zoom foto tanpa kehilangan terlalu banyak kualiti.


Ketika rakaman waktu kurang cahaya dan malam pula, mod Night hadir dan sensor 48 MP menggunakan pixel binning 4 kepada 1 serta bantuan penstabilan berasaskan kecerdasan buatan (AIS) untuk meningkatkan kecerahan, kualiti serta mengurangkan hingar.


Sebuah lagi sensor iaitu 3D ToF digunakan untuk menambahbaik pengecaman wajah dan mod potret. Tambahan lagi, ia turut berfungsi untuk 3D Shaping dan 3D Motion Controlled Gaming yang ketika ini masih dalam fasa percubaan.


https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=lLjPYUaIOcs

Berdasarkan kemampuan kamera dari lensa 48 MP dan dijual pada harga bermula dari RM1999 untuk versi RAM 6GB/128GB dan RM2299 bagi versi RAM 8GB/256GB, ia antara peranti yang mengujakan untuk dimiliki bagi lingkungan harga berkenaan.


Imbas kembali pada spesifikasi yang menguasakan dari dalam seperti cip Kirin 980, RAM 6GB, memori 128GB, bateri berkapasiti 4000mAh, tidak salah rasanya menyatakan bahawa View 20 adalah peranti terbaik yang pernah dihasilkan HONOR.



Bersediakah anda mengeluarkan belanja lebih mahal bagi mencari telefon pintar dengan kamera terbaik atau mendapatkan HONOR View20 yang mana hasil fotonya sudah anda lihat diatas.


Bagi yang berminat bolehlah kunjungi HiHONOR, HONOR Official Store di Shopee atau pengedar sah HONOR seluruh negara.