Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Eksekutif Apple, Phil Schiller Mengatakan Pelajar Tidak Akan Berjaya Jika Menggunakan Chromebook

Eksekutif Apple, Phil Schiller Mengatakan Pelajar Tidak Akan Berjaya Jika Menggunakan Chromebook

Diterbitkan November 14, 2019 · Dikemas kini November 14, 2019 oleh Meor Hasyim

Apple telah melancarkan model komputer terkini mereka, Macbook Pro 16-inci pada pagi tadi. Jadi, sebagai wakil bahagian pemasaran, Phil Schiler telah ditemu ramah untuk menceritakan dengan lebih terperinci mengenai komputer riba tersebut.

Melalui temuramah dengan CNET, antara yang ditanya adalah berkenaan populariti Chromebook yang semakin berkembang digunakan dalam pendidikan. Phil Schiler telah membalas dengan jawapan yang agak kontroversi. Menurutnya, iPad merupakan alat pendidikan terbaik untuk seorang pelajar, manakala untuk Chromebook pula, pelajar tidak akan berjaya jika menggunakannya.

Memetik kata-kata asal beliau,

“Kids who are really into learning and want to learn will have better success. It’s not hard to understand why kids aren’t engaged in a classroom without applying technology in a way that inspires them. You need to have these cutting-edge learning tools to help kids really achieve their best results.

Yet Chromebooks don’t do that. Chromebooks have gotten to the classroom because, frankly, they’re cheap testing tools for required testing. If all you want to do is test kids, well, maybe a cheap notebook will do that. But they’re not going to succeed.”

Kenyataan Phil Schiler menimbulkan kontroversi dalam kalangan pengguna sosial media terutamanya Twitter. Sejurus itu, Phil Schiler pada akaun rasminya, telah mengeluarkan satu kicauan berniat menjelaskan kenyataan yang dibuat melalui temuramah tersebut.

https://twitter.com/pschiller/status/1194718614869250048

Menambah penjelasan, beliau berkata dalam kicauannya, setiap pelajar mempunyai peluang untuk berjaya. Mengikut Phil Schiller, Chromebook tidak selengkap iPad yang mempunyai kandungan, dan peralatan yang sesuai dalam dunia pendidikan.

Sememangnya iPad lebih sesuai jika diberikan kepada pelajar dengan kualiti kandungan yang lebih baik. Namun, harganya lebih mahal berbanding Chromebook yang murah. Dengan capaian internet yang lebih mudah dan akses peralatan hanya dalam pelayar web sahaja, adakalanya Chromebook merupakan pilihan yang lebih sesuai diberikan kepada pelajar.

Sumber: CNET

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY