Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ejen AI_Gemini WiserMY 2

Ejen AI Buka Ruang Kepada Ancaman Godaman Baharu

Diterbitkan November 11, 2025 · Dikemas kini November 11, 2025 oleh Amalina Athman

Pakar keselamatan siber memberi amaran bahawa ejen kecerdasan buatan (AI), yang kini dilihat sebagai sempadan baharu dalam revolusi AI generatif, berisiko digodam dan disalahgunakan untuk tujuan berniat jahat bagi pihak penggodam.

Ejen AI adalah program yang menggunakan chatbot AI untuk menjalankan tugasan yang biasanya dilakukan manusia secara dalam talian, seperti membeli tiket kapal terbang atau menambah acara ke kalendar.

Namun, kebolehan untuk mengarahkan ejen AI menggunakan bahasa semula jadi membolehkan sesiapa sahaja, termasuk yang kurang mahir teknikal, menyalahgunakannya.

“Kita kini memasuki zaman di mana keselamatan siber bukan lagi hanya tentang melindungi pengguna daripada pihak berniat jahat yang mempunyai kemahiran teknikal tinggi. Untuk pertama kali dalam beberapa dekad, kita menyaksikan kaedah serangan baharu yang unik, yang boleh datang dari mana-mana sahaja.” menurut syarikat pemula Perplexity.

Serangan ‘injection attacks’ bukanlah perkara baharu dalam dunia penggodam, tetapi sebelum ini ia memerlukan kod komputer yang ditulis dengan bijak dan disorok dengan teliti untuk menimbulkan kerosakan.

Namun, apabila keupayaan AI berkembang daripada sekadar menjana teks, imej atau video kepada menjadi “ejen” yang boleh menjelajah internet secara bebas, potensi ia disalahgunakan melalui arahan tersembunyi oleh penggodam turut meningkat.

Meta menggelar ancaman ini sebagai satu “kerentanan”, manakala Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat OpenAI Dane Stuckey menyifatkannya sebagai “isu keselamatan yang belum diselesaikan”.

Cabaran dan langkah keselamatan Ejen AI

Pemain utama dalam industri AI telah memasang langkah pertahanan dan mengeluarkan garis panduan untuk menangkis serangan siber seperti ini.

Microsoft telah mengintegrasikan alat untuk mengesan arahan berniat jahat berdasarkan beberapa faktor, termasuk dari mana arahan untuk ejen AI itu berasal.

OpenAI pula memberi amaran kepada pengguna apabila ejen yang diarahkan melawat laman web sensitif, dan menyekat sebarang tindakan sehingga perisian itu diselia secara masa nyata oleh pengguna.

Sesetengah pakar keselamatan mencadangkan supaya ejen AI hanya boleh melaksanakan tugasan penting seperti mengeksport data atau mengakses akaun bank, selepas mendapat kelulusan pengguna terlebih dahulu.

Menurut penyelidik keselamatan siber Johann Rehberger atau dikenali “wunderwuzzi”, cabaran terbesar ialah serangan semakin pantas dan canggih. Salah satu cabaran lain, menurut penyelidik itu, ialah mencari keseimbangan antara keselamatan dan kemudahan penggunaan.

Rehberger berpendapat ejen AI masih belum cukup matang untuk dipercayai dengan tugasan atau data penting.

“Saya tidak fikir kita berada di tahap di mana ejen AI boleh dibiarkan bekerja sendiri untuk tempoh panjang dan melakukan tugas tertentu dengan selamat. Ia mudah tersasar (daripada matlamat asal),” kata Rehberger. – AFP

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Akses Meta AI
  • Malaysia Amal Pendekatan Berkecuali Dalam Akses Cip AI
  • Kekurangan Kuasa Elektrik Ancaman Sebenar AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY