Edisi Huawei P30 Pro Dengan Sokongan 5G Didakwa Hanya Akan Ditawarkan Di Eropah Sahaja

Siri Huawei P30 dijangka akan diperkenalkan di Paris pada bulan hadapan, di mana ia dikatakan akan hadir dengan pelbagai ciri menarik.

Terbaru, memetik laporan GizChina, Huawei akan turut menawarkan sebuah variasi 5G bagi model P30 Pro apabila ia dilancarkan nanti.

Kapsyen: BGR


Bagaimanapun, variasi berkenaan dikatakan akan hanya tersedia bagi pasaran Eropah sahaja, setidak-tidaknya pada peringkat awal.

Huawei P30 Pro dengan sokongan 5G itu turut diramal akan dipasarkan pada harga yang agak mahal berbanding model P30 Pro biasa.

Berita ini ternyata mempunyai asas tersendiri kerana Huawei sebelum ini telah pun memperkenalkan cip 5G mereka sendiri yang dikenali sebagai Barong 5000.

 

Sumber: GizChina